Jika dunia ibarat bangkai, kenapa Allah ciptakannya?

Dari Penulis

Kalaulah dunia ini tiada nilai dan diibaratkan seperti bangkai, kenapa Allah S.W.T. ciptakan dunia ini? Dan untuk apa kita dihantar ke dunia ini?

Dunia ini diciptakan oleh Allah sebagai medan ujian kepada hamba-hamba Nya untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi. Manusia dihantar ke dunia sebagai khalifah untuk mentadbir dan menguruskan segala hal berkaitan dunia.

Selaras dengan perintah Allah, seharusnya dunia ini dijadikan jambatan untuk menuju ke akhirat yang kekal abadi. Masing-masing perlu menyiapkan jambatannya untuk menuju ke seberang sana (akhirat)

Dunia ini adalah ladang untuk bercucuk tanam dan meraih hasilnya di akhirat kelak. Matlamat kita yang pasti adalah berkejar ke akhirat. Mukmin yang bijak tidak akan terpedaya dengan kesenangan dunia, tidak merasa tenang dengannya dan menyiapkan diri meninggalkannya selaras pesanan Allah S.W.T.

“Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu) sahaja dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal” (surah al-Ghaafir: 39)

Bukanlah bermaksud dengan mengejar akhirat itu kita meninggalkan dunia seluruhnya. Sebagai jambatan yang seharusnya dijadikan senjata untuk menyeberang ke akhirat sana, dunia harus dilayan sebagai kenderaan sebelum tiba ke negeri abadi.

Apa jua yang diusahakan di dunia ini tujuannya adalah untuk dijadikan tukaran balasan baik di akhirat nanti. Dengan itu tidak mungkin seorang mukmin membuang hayatnya pada perbuatan tidak berfaedah, atau tidak punya nilai saham di akhirat sana.

Perkara ini hanya mampu dicapai oleh mereka yang yakin bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal selamanya. Manusia yang lalai dan tidak mengingati Allah akan menjerumuskan mereka kepada perkara-perkara yang keji dan maksiat.

Oleh itu, empat perkara yang perlu dimiliki oleh setiap umat Islam untuk mengharungi ujian dan menghindari fitnah dunia sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a.

“Adalah dunia ini dikutuk akan dia, dan apa-apa yang ada di dalamnya melainkan empat perkara iaitu zikrullah, perkara-perkara yang berkaitan zikrullah, orang yang mengajar ilmu dan orang yang menuntut ilmu”

Hakikat kehidupan dunia

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, cuma ada enam perkara yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan di dunia ini iaitu makanan, minuman, syahwat, pakaian, wangian dan kenderaan.

Disebabkan keenam-enam perkara inilah yang membuatkan manusia sering kealpaan dan sanggup bersusah payah semata-mata untuk memenuhi keinginan dalam kehidupan seharian mereka.

Namun apabila diteliti secara halus keenam-enam perkara itu, dapatlah kita fahami mengapa dunia ini tiada nilai dan hina di sisi Allah.

Makanan yang paling bagus adalah madu lebah, namun hakikatnya madu itu terjadi daripada air liur lebah. Begitu juga dengan minuman yang terbaik pula ialah air kosong yang sebenarnya tiada sedikit pun keistimewaan dan nilainya di sisi Allah kerana semua orang tidak kira Islam ataupun kafir boleh menikmati air tersebut.

Begitu juga dengan syahwat yang membuatkan sehingga manusia sanggup melanggar aturan dan hukum Allah dan tergamak melakukan perbuatan dosa dan maksiat semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu yang tempatnya keluar kotoran dan najis.

Pakaian yang paling bagus pula ialah pakaian yang diperbuat daripada kain sutera sedangkan asal sutera itu juga adalah daripada air liur sejenis ulat. Wangian yang paling harum di dunia adalah kasturi yang datangnya daripada peluh dan darah najis binatang iaitu kijang.

Manakala kenderaan yang manusia sering gunakan itulah yang banyak meragut nyawa. Bila dihayati akan hakikat dunia ini, maka barulah kita dapat fahami alasan betapa keji dan hinanya dunia ini di sisi Allah S.W.T. Wallahu a’lam

_________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This