Aaron-Wooi Yik turut hampa ke final Terbuka India

Dari Penulis

HASRAT pasangan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke final India Open tidak kesampaian apabila tumpas di tangan pasangan dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Indira Gandhi, New Delhi hari ini itu, aksi berlangsung sengit dengan Aaron-Wooi Yik diberikan tekanan hebat melalui serangan pantas namun berhasil ditenangkan untuk skor kembali terikat pada suatu ketika.

Pasangan Korea ini baru sahaja muncul juara Malaysia Open minggu lalu itu mengamalkan corak serang-menyerang berterusan hingga ke penghujung permainan dengan Aaron-Wooi Yik memimpin 20-19 namun akur tumpas apabila dipintas saat akhir.

Bersambung di set kedua, Won Ho-Seung Jae terus pamer aksi memukau dengan pukulan yang berjaya memerangkap Aaron-Wooi Yik untuk mengutip mata-mata penting di awal aksi.

Walaupun pasangan negara berusaha bangkit, namun aksi lebih cemerlang ditampilkan oleh beregu Korea Selatan ini untuk menutup permainan dengan kemenangan dan mara ke final.

Pertarungan sengit di gelanggang 1 berakhir dengan keputusan 22-20, 21-19 memihak Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gyokeres, Isak bantu Sweden benam Tunisia 5-1

GANDINGAN penggempur berbisa, Alexander Isak dan Viktor Gyokeres membantu Sweden menewaskan Tunisia 5-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan F, sebentar...

More Articles Like This