Tarian didakwa persenda agama, stesen radio Era & penyampai 3 Pagi mohon maaf

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYAMPAI segmen 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jazmin membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu hantaran video di platform media sosial stesen radio terbabit, hari ini.

Permohonan maaf itu dilakukan selepas konten terdahulu yang dimuat naik di platform media sosial stesen radio itu, memperlihatkan mereka mempersendakan perayaan Thaipusam.

“Salam sejahtera kepada semua sahabat-sahabat kami. Kami di 3 Pagi Era ingin memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman sosial Era baru-baru ini.

“Ini berhubung aksi kami yang kurang menyenangkan dan menyinggung hati segelintir pihak dan juga sahabat-sahabat kami yang berbangsa India,” kata Nabil.

Radin juga turut mengakui kesilapan selain akan  memastikan insiden tersebut  tidak berulang lagi.

“Sebenarnya kami juga mengakui kesilapan serta kekhilafan kami. 

“Kami juga akan pastikan perkara sama tidak akan berulang lagi pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam video sama, Azad juga mengakui kesilapannya dan menerima setiap kritikan secara terbuka.

“Kami juga sentiasa terbuka untuk menerima segala komen ataupun kritikan untuk memperbaiki lagi diri kami terutamanya daripada pendengar setia kami di Era.

“Jadi, sekali lagi kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan kami tanpa sedar yang kami lakukan. 

“Jadi, maaf sangat-sangat daripada kami di 3 Pagi Era,” katanya.

Terdahulu, tindakan ketiga-tiga penyampai radio itu dilihat menyinggung perasaan penganut Hindu selepas video itu tular di media sosial.

Dalam video berkenaan, Azad dilihat memaparkan aksi tarian dan gerakan yang didakwa mempermainkan amalan penganut Hindu di negara ini.

Lebih membangkitkan kemarahan masyrakat berbangsa India apabila tindakan Azad itu turut mendapat sorakan rakan-rakan lain di konti radio berkenaan.

Sementara itu, pihak stesen radio Era turut membuat permohonan maaf selain berjanji akan lebih peka dengan kandungan sebelum berkongsi di media sosial.

“Kami dengan penuhi rendah diri memohon maaf atas kandungan kami baru-baru ini yang telah menyentuh sensitiviti ramai pihak khususnya rakan-rakan kami yang berbangsa India serta beragama Hindu.

“Kami tidak pernah berniat menyinggung mana-mana pihak dan kami amat menghormati kepercayaan serta nilai setiap individu.

“Kami akan berhati-hati pada masa hadapan dan sentiasa terbuka menerima segala komen dan kritikan perbaiki diri terutama daripada pendengar setia Era,” tulis kenyataan yang dikeluarkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This