Habis reman di Selangor, pasangan suami isteri Hejira Travel ditahan polis Johor

Dari Penulis

POLIS Johor mengesahkan telah membuat tangkapan ke atas pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pengendali umrah, Hejira Travel & Tour pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk S.M.M. Kumar berkata, pasangan suami isteri berusia 32 tahun itu ditahan selepas tamat tempoh reman dan dibebaskan dengan jaminan oleh Polis Kontinjen Selangor.

Beliau berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan pakej umah yang dilaporkan di Kontinjen Johor.

“Sehingga kini, polis telah menerima sembilan laporan yang melibatkan kerugian berjumlah RM174,080.

“Kedua-dua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kertas siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kumar berkata, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan sebelum menggunakan mana-mana syarikat pengendali umrah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This