POLIS mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang tular berjalan kaki dengan berpakaian seperti “mumia” di Jalan Panchang Bedena menghala ke pekan Sungai Besar, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, pihaknya mengesan kejadian itu kira-kira 10 pagi.
Bertindak atas maklumat, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun di Parit 6.
“Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit mengalami masalah gangguan mental,” katanya dalam satu kenyataan
Jelasnya, polis kemudian membawa lelaki terbabit ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk rawatan lanjut dengan ditemani oleh waris.
Katanya, orang ramai terutama pengguna media sosial dinasihatkan supaya terus menghubungi polis untuk menyalurkan maklumat dan tidak menyebarkan kandungan yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.
Terdahulu, tular video seorang individu berjalan kaki dalam keadaan berbalut seperti mumia dan menimbulkan tanda tanya kepada penduduk setempat serta pengguna jalan raya.
Menerusi video, individu tersebut dilihat berjalan dengan muka yang tertutup di tengah jalan raya tanpa mempedulikan keselamatan sendiri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

