Polis panggil budak lelaki 12 tahun letak paku, kayu di jalan

Dari Penulis

SEORANG kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dan ibu bapanya dipanggil ke balai polis kerana meletakkan objek seperti batu, kayu serta paku di atas jalan di KM20, Jalan Semporna-Tawau pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung beberapa objek itu diletakkan di atas jalan raya, kerana tindakan berkenaan membahayakan pengguna jalan dan boleh menjadi punca berlaku kemalangan di kawasan tersebut.

“Siasatan yang dijalankan mendapati kanak-kanak berumur 12 tahun yang tinggal berhampiran kawasan itu meletakkan objek berkenaan dengan tujuan untuk suka-suka dan ibu bapa serta kanak-kanak itu telah dipanggil ke balai polis dan diberi nasihat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sabri berkata pengadu yang dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Tawau pada 7.30 pagi itu terlihat objek seperti batu, kayu dan paku di atas jalan raya dipercayai diletakkan secara sengaja oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Pengadu bersama beberapa individu termasuk pemandu bas pelancong yang melalui kawasan itu kemudiannya membuang objek berkenaan bagi mengelak kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain, namun tiada sebarang kemalangan telah dilaporkan berlaku,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial video berdurasi satu minit 56 saat yang memaparkan pengguna jalan raya menemukan batu besar, kayu berpaku dan paku di atas jalan raya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Proton S70, pembiayaan fleksibel pacu transformasi industri teksi negara – Loke

KERAJAAN memperkenalkan pendekatan baharu bagi mentransformasikan industri teksi negara menerusi penggunaan Proton S70 sebagai teksi generasi baharu, penyediaan pakej...

More Articles Like This