Dua sahabat curi Nescafe, Milo bernilai RM631.48 di 99 Speedmart direman 3 hari

Dari Penulis

DUA sahabat direman tiga hari selepas dipercayai mencuri Nescafe dan Milo milik 99 Speedmart, Hulu Bernam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, laporan mengenai kejadian telah dibuat oleh pengurus kedai tersebut pada pukul 5.20 petang kelmarin.

“Siasatan mendapati dua lelaki cuba melarikan barangan tanpa membuat bayaran di kaunter.

“Suspek telah berjaya ditahan oleh pekerja kedai bersama 14 bungkusan Nescafe seberat 300 gram dan 12 Milo seberat 1 kilogram bernilai RM631.48,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, suspek berusia 30-an itu telah diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Tambahnya, semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Suspek direman selama tiga hari sehingga Khamis,” ujarnya.

Mohd Asri berkata, suspek akan dituduh esok di mahkamah di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This