Sepasang kekasih ditahan sembunyi kelahiran, kematian bayi

Dari Penulis

Polis menahan sepasang kekasih selepas disyaki terlibat menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian seorang bayi perempuan di sebuah rumah di Telok Kemang di Port Dickson semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Port Dickson pada 11.13 pagi mengenai seorang pesakit perempuan warga tempatan telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Beliau berkata siasatan lanjut yang dijalankan telah menemukan bayi berkenaan disembunyikan dalam  beg di bilik sebuah rumah.

“Pemeriksaan lanjut telah dilakukan ke atas bayi perempuan yang sudah cukup sifat namun bayi itu disahkan meninggal dunia dan terdapat kecederaan pada bahagian dada disyaki kesan objek tajam. 

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Siasatan Khas (D9) IPKNS dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD PD membuat tangkapan ke atas seorang wanita berusia 18 tahun dan lelaki tempatan, 21 tahun, di dua lokasi berasingan pada 8.30 hingga 8.45 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata hasil semakan rekod lampau mendapati mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan motif kejadian disebabkan rasa bimbang serta takut dengan keluarga.

Maslan berkata turut dirampas adalah uri, pakaian, senjata dan telefon bimbit bagi siasatan lanjut serta kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majisteret Port Dickson untuk permohonan reman pagi ini.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This