Penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan tingkat kecekapan, kurangkan pembaziran – PM

Dari Penulis

PENGGUNAAN kecerdasan buatan (AI) dalam sistem penjagaan kesihatan bukan sahaja akan dapat meningkatkan kecekapan, malah ia juga dapat membantu mengurangkan pembaziran dari segi kos, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sejak menerajui kerajaan dua keutamaan beliau ialah pendidikan dan penjagaan kesihatan.

“Saya fikir ia adalah sangat tidak adil… dalam falsafah politik saya untuk menafikan sebahagian besar (rakyat) kemudahan kesihatan terbaik, dan sudah tentu infrastruktur asas di hospital dan AI memainkan peranan penting di dalamnya.

“Melalui AI, ia bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan menampilkan teknologi canggih, tetapi pada masa yang sama, ia mengurangkan pembaziran dari segi kos,” katanya pada sesi “Country Strategy Dialogue” di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) Sidang Kemuncak Tahunan 2025, di Davos, Switzerland.

Anwar berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta dalam sesi yang dikendalikan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz itu, berhubung pandangan beliau mengenai AI dan sistem kesihatan awam.

Baca artikel lain: Bagaimana AI akan mengubah dunia pekerjaan?

Sementara itu, Menteri Digital Gobind Singh Deo yang turut hadir pada sesi itu berkata bagi membolehkan AI berfungsi dengan baik dalam sistem penjagaan kesihatan, infrastruktur yang perlu mesti disediakan.

“Anda mempunyai banyak data, kebanyakannya masih dalam bentuk analog, dan anda perlu memikirkan cara untuk menjadikan ia digital secepat mungkin. Anda perlu mempunyai mekanisme yang membolehkan data itu dikongsi.

“Apabila anda mempunyai kemudahan AI, ia membolehkan kita mencari penyelesaian kepada masalah masa lepas, dan itu adalah langkah pertama. Akhirnya, ia adalah mengenai pembinaan ekosistem,” katanya.

Beliau berkata di sinilah peranan Pejabat AI Kebangsaan (NAIO).

“Kami bekerjasama rapat dengan pelbagai kementerian, bermula dengan Kementerian Kesihatan. Kami libatkan pegawai daripada kementerian, termasuk menteri, untuk mengenal pasti dan mengutamakan bidang tumpuan utama.”

Pendekatan ini membolehkan kerajaan mengumpul pandangan dan memahami bidang tertentu yang memerlukan perhatian segera, memastikan usaha itu disasarkan dan berkesan.

Anwar kini dalam lawatan kerja tiga hari untuk menghadiri WEF 2025, yang pertama dihadirinya sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri pada 2022.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This