PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata langkah ini selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh.
“Ada pihak yang mempersoalkan mengapa tol percuma itu diberikan kepada semua, termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati.
“Oleh itu, kita perlu teliti supaya rakyat yang terkesan di peringkat bawah itu diberikan pertimbangan lain.
Baca artikel lain: Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar – Pakar, aktivis
“Perkara ini sedang diperincikan. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum ini hanya menyatakan prinsip asas bahawa subsidi tidak boleh diteruskan untuk semua, seperti subsidi elektrik dan minyak,” katanya.
Anwar berkata demikian pada sidang media penutup sempena lawatan kerjanya ke Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, di Davos, Switzerland.
Selasa lepas, Nanta dilapor berkata tahun 2024 merupakan tahun terakhir bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan dan mesyuarat Kabinet tahun lepas telah memutuskan untuk mencari pendekatan lebih bersasar, yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

