Amanah yakin menang belasan kerusi di Kelantan pada PRU16, kata Mohamad Sabu

Dari Penulis

PARTI Amanah Negara (Amanah) mampu memenangi belasan kerusi di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, berdasarkan sokongan rakyat terhadap parti itu yang dilihat semakin baik walaupun perlahan.

Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata keyakinan itu juga bersandarkan keadaan perpaduan parti, selain rombakan kerusi yang dilakukan dengan betul.

“Memang kita tahu parti yang besar mewakili orang Melayu di Malaysia ini adalah UMNO serta PAS, dan nak muncul di tengah-tengah itu agak sukar.

“Namun jangan lupa (sewaktu) pilihan raya lepas Perikatan Nasional (PN) memerintah (Kerajaan Persekutuan), kempen berjalan begitu hebat. Kali ini mereka tidak memerintah. Sebab itu saya yakin undi orang ramai akan berubah pada pilihan raya akan datang,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Amanah 2024 di Klang hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan terdiri daripada 45 kerusi dengan 42 disandang PAS, dua dimenangi Barisan Nasional (BN) iaitu Galas dan Nenggiri, manakala satu lagi dimiliki Amanah iaitu Kota Lama.

Dalam perkembangan lain, Mohamad ketika ditemui pemberita berkata Konvensyen Nasional Amanah tahun ini dijangka diadakan di Pulau Pinang pada November akan datang.
— BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This