Pertikai peruntukan agama Islam: MCA Johor mohon maaf, pentadbir media sosial telah disingkirkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MCA Johor membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini susulan perkongsian status yang didakwa mempertikaikan peruntukan kepada agama Islam dalam hantaran di Facebook, kelmarin.

MCA Johor dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkongsian itu dilakukan tanpa sengaja oleh seorang pentadbir Facebook parti negeri itu.

Menurutnya, tindakan itu juga tidak dimaklumkan kepada pemimpin utama MCA Johor.

“Pentadbir yang telah lama bersara daripada pejabat MCA Johor itu mengakui tersilap berkongsi status daripada pihak lain yang bukan ditulis oleh MCA Johor atau mana-mana pemimpin MCA.

“Pentadbir tersebut juga telah pun dikeluarkan daripada memiliki akses Facebook MCA Johor dan kini ia dikendalikan oleh pentadbir baharu sahaja.

“Status laman yang menimbulkan kontroversi itu juga telah diturunkan serta-merta setelah aduan-aduan diterima semalam,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Baca artikel lain: Pertikai peruntukan berkaitan agama Islam, Akmal bidas MCA Johor

Mengulas lanjut, MCA Johor berkata tidak pernah terlintas dan tiada niat untuk mengguris hati, menghina atau memperlekehkan agama Islam atau mana-mana agama dan kaum di negara ini.

“Sekali lagi, MCA Johor memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas apa yang berlaku.

“MCA Johor akan lebih berhati-hati dan memastikan kejadian sama tidak berulang lagi,” katanya.

Terdahulu, MCA Johor kelmarin menerusi akaun Facebooknya memuat naik status menyatakan kerajaan sudah menyediakan dana untuk membantu rakyat Palestin, selain peruntukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bagi tujuan percetakan al-Quran, namun untuk tol percuma Tahun Baru Cina, tidak diberikan.

Perbandingan itu, menurut pelbagai pihak menimbulkan sangkaan jahat dan membina persepsi salah terhadap bantuan yang diterima umat Islam dan rakyat Palestin.

Tindakan itu turut dibidas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan mendesak supaya MCA Johor membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.

“Apakah niat disebalik kenyataan ini? Nak membangkitkan rasa marah dalam kalangan rakyat?

“Kalau kamu nak marah sebab tidak dapat tol percuma, itu kamu punya pasal lah,tapi jangan sampai bantuan kepada umat Islam kamu nak pertikaikan,” kata Muhamad Akmal.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Perkukuh keyakinan rakyat: ATM laksanakan pelan PTPR

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan Pelan Tindakan Pembanterasan Rasuah (PTPR) ATM 2026-2030 bagi memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi...

More Articles Like This