Selisih faham hampir kemalangan punca dua lelaki bergaduh

Dari Penulis

PERSELISIHAN faham antara dua lelaki yang hampir terlibat kemalangan menjadi punca pergaduhan di kawasan Taman Mutiara Rini, Skudai pada 6.45 petang semalam.

Video penuh klik link

https://t.me/infoutusantv/8980

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya mengesan video tular memaparkan kejadian pergaduhan itu pada hari ini.

Beliau berkata, polis telah menerima dua laporan daripada dua lelaki tempatan berusia 44 dan 54 tahun yang terlibat dalam kejadian pergaduhan ini.

“Hasil siasatan mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham apabila kenderaan yang dipandu oleh salah seorang suspek hampir melanggar kenderaan seorang lagi suspek.

“Berlaku pertengkaran dan tolak menolak antara mereka sebelum kejadian dileraikan oleh penduduk sekitar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 506/323/160 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kumarasan berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 07-5113622.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This