Pertikai peruntukan berkaitan agama Islam, Akmal bidas MCA Johor

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KETUA Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membidas hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook MCA Johor yang mempertikaikan peruntukan berkaitan agama Islam.

Muhamad Akmal menerusi perkongsian di media sosial berkata, tindakan MCA Johor memuat naik hantaran itu seperti memperlekehkan inisiatif kerajaan yang giat membantu umat Islam.

Walaupun hantaran itu sudah dipadamkan, Muhamad Akmal menegaskan, MCA Johor tetap perlu membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.

“Saya nak tegaskan kepada MCA Johor, kenapa perlu pertikaikan bajet untuk pembangunan al-Quran dan bantuan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) dan dibandingkan dengan bantuan tol sempena tahun baru cina? 

“Apakah niat disebalik kenyataan ini? Nak membangkitkan rasa marah dalam kalangan rakyat?

“Kalau kamu nak marah sebab tidak dapat tol percuma, itu kamu punya pasal lah,tapi jangan sampai bantuan kepada umat Islam kamu nak pertikaikan,” kata Muhamad Akmal.

Untuk rekod, semakan UtusanTV terhadap hantaran yang dimuat naik di page 马华柔佛州联委会 MCA JOHOR telah dipadamkan.

Menerusi tangkap layar hantaran tersebut yang tular ketika ini, MCA Johor antara lain mempertikaikan peruntukan yang diberikan kerajaan seperti bajet untuk pembangunan al-Quran dan bantuan Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM).

Muhamad Akmal menambah, pihaknya akan melakukan laporan polis sekiranya tiada permohonan maaf dilakukan pihak MCA Johor dalam tempoh 24 jam.

Beliau juga memberi amaran kepada semua pihak agar berhenti memperlekehkan agama Islam sama ada di media sosial atau di dunia nyata.

“Tidak kira siapa kamu, jika dengan pemikiran sebegini,kami akan lawan habis-habisan,” katanya. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This