Polis siasat sekumpulan penunggang motosikal buat kecoh di Station 18, Ipoh

Dari Penulis

POLIS kini menyiasat kekecohan melibatkan sekumpulan penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat Station 18, Jalan Pasir Puteh dekat Ipoh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi video tular di media sosial pada pukul 9 pagi tadi.

Beliau berkata, hasil penelitian ke atas rakaman terbabit mendapati latar lokasi kejadian berlaku di daerah Ipoh.

“Polis bagaimanapun masih lagi dalam tindakan mengenal pasti tarikh dan masa sebenar kejadian tersebut.

“Sehigga kini tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This