Shawl Publika x Seth Luna Raya 2025 tampil lebih SLAY-SA dengan busana berseluar. Tetap elegan dan praktikal di pagi raya

Dari Penulis

Memahami akan dilema setiap wanita sewaktu musim perayaan, Shawl Publika x Seth Luna tampil dengan koleksi Aidilfitri yang direka khas dengan gabungan gaya dan keselesaan.

Pereka fesyen duo, Seth dan Luna berkata mereka berhasrat untuk mentakrifkan semula fesyen perayaan dengan menawarkan pakaian yang elegan dan mudah dipakai.

“Kami dapati ramai yang memilih untuk menukar pakaian raya kepada pakaian yang lebih praktikal bagi menyambut tetamu atau berkunjung ke rumah keluarga. Dengan SLAY-SA, kami tampil dengan rekaan yang lebih ringkas namun tetap elegan.

“Kami tampikan beberapa rekaan termasuk rekaan busana raya berseluar bagi memudahkan golongan ibu terutamanya, meraikan Aidilfitri dengan lebih selesa. Lebih selesa menjaga anak-anak, nak cuci pinggan,” kata pereka ini.

Meletakkan keistimewaan koleksi SLAY-SA pada pemilihan bahan yang teliti, jelas duo ini, mereka menggunakan fabrik premium seperti jacquard lembut, crepe lembut, dan satin poli matte.

“Fabrik-fabrik ini terkenal dengan tekstur mewah dan kebolehnafasan yang tinggi, menjadikannya pilihan ideal untuk iklim tropika Malaysia. Ini dapat memastikan pemakai sentiasa berasa nyaman dan selesa sepanjang hari.

 “Kami mengambil inspirasi daripada baju kurung kedah yang klasik, siluet dalam koleksi SLAY-SA menggabungkan elemen tradisional dengan reka bentuk moden seperti drape, flounce, dan flare. Butiran ini adalah interpretasi kepada konsep ringan dan selesa, yang selaras dengan tema utama koleksi ini,” tambah mereka lagi.

Dalam pada itu, pengasas Shawl Publika, Nur Hidayu Zorkafli dan Iskandar A. Suffian berkongsi keterujaan akan kolaborasi kali kedua dengan Seth dan Luna.

“Kami sangat selesa sepanjang kerjasama dengan Seth dan Luna kerana rekaan mereka menepati citarasa pemakai yang sukakan gaya elegan namun selesa.

Pengasas Shawl Publika, Nur Hidayu Zorkafli dan Iskandar A. Suffian.

Terdahulu, Shawl Publika x Seth Luna mengumumkan Scha Al Yahya dan Meerween Hanees Natasha dilantik sebagai wajah kempen Shawl Publika x Seth Luna.

Manakala pempengaruh fesyen dan model, Farah Ain Syazwani Hamdan atau lebih dikenali Farah Deluna sebagai duta Shawl Publika Raya 2025. Manakala, Nurul Aliyah Balqis pula sebagai duta Shawl Publika Indonesia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This