Pakai pakaian istiadat mirip ketenteraan, tujuh individu bakal didakwa

Dari Penulis

TUJUH individu termasuk ketua sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang tular memakai pakaian istiadat mirip ketenteraan ketika menghadiri satu majlis pada awal bulan ini akan didakwa dalam masa terdekat. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pertuduhan ke atas kesemua individu itu berdasarkan siasatan di bawah Seksyen 140 Kanun Keseksaan, Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 

“Sebanyak 40 individu telah dirakam keterangan berhubung kejadian itu dan 18 helai pakaian bersama lencana atau lambang serta aksesori pada pakaian berkenaan telah dirampas,” katanya di sidang media Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini. 

Mengulas lanjut, Hussein berkata hasil siasatan mendapati majlis berkenaan dianjurkan seorang individu daripada pertubuhan itu dan berlangsung di sebuah hotel di Sungai Buloh. 

Beliau berkata semakan turut mendapati pertubuhan tersebut berdaftar sebagai NGO kebajikan dan lambang atau lencana yang digunakan pada pakaian tidak sama seperti yang didaftarkan.   

“Aksesori yang dipakai ahli pertubuhan berkenaan juga hampir menyerupai aksesori pakaian beruniform. 

“Kita percaya mereka ini menjual pangkat kehormat dan pingat palsu kepada individu yang menyertai pertubuhan itu dan masih menyiasat berapa harga yang dikenakan bagi pembelian berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Hussein menyeru agar mana-mana individu atau pertubuhan tidak menggunakan pakaian yang menyerupai pasukan beruniform atau apa-apa lambang, lencana serta aksesori yang boleh mencemarkan imej dan disalahgunakan untuk perkara tidak sepatutnya. 

Media pada 4 Jan lalu melaporkan, polis sedang mengesan beberapa individu yang tular mengenakan pakaian rasmi menyerupai pakaian istiadat ketenteraan ketika menghadiri satu majlis dipercayai anjuran sebuah pertubuhan.  

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This