PKR selar kenyataan Rafidah usaha kerajaan bantu Palestin

Dari Penulis

JABATAN Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR menyelar kenyataan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengenai langkah kerajaan untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Pengarahnya Amidi Abdul Manan dalam satu kenyataan berkata sebagai seorang tokoh yang berpengalaman dalam hubungan antarabangsa, Rafidah tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Israel tidak pernah tunduk dengan mana-mana desakan antarabangsa, khususnya penyelesaian dua negara walau telah diputuskan diperingkat PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). ⁠Oleh yang demikian kenyataan Tan Sri Rafidah seolah-olah menunggu kucing bertanduk,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca artikel lain: Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi dukung hasrat PM bantu Gaza akan dibentuk

Selain itu, Amidi turut menyentuh situasi tragis yang berlaku di Gaza dengan mengingatkan dalam edisi terbaru peperangan Hamas-Israel, apabila rejim Zionis telah menyerang semua kemudahan awam termasuk masjid, sekolah dan hospital.

“Ada kemungkinan tidak pernah terlintas di media sosial beliau, solat hari raya dilakukan dalam runtuhan sebuah bangunan. Malah para doktor perubatan ditangkap atau terbunuh ketika hospital dibom. ⁠Di manakah rasa kasihan belas Tan Sri?,” katanya.

Malaysia sebelum ini mengumumkan pembinaan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza menjadikannya negara ASEAN pertama yang mengambil inisiatif membangunkan semula wilayah itu.

Projek berimpak tinggi itu berada di bawah naungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dijangka dilancarkan selepas Ramadan ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This