POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian tular pelampung permainan gelongsor air kaca di Sky City, Taman Tema i-City dekat Seksyen 7 terjatuh dan timpa pengunjung.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan tersebut diterima pada pukul 1.08 pagi tadi.
Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 11 malam kelmarin ketika mangsa bersama keluarga mengujungi taman tema terbabit.
“Mangsa iaitu wanita Melayu berusia 20-an telah melintasi bahagian bawah permainan gelongsor air sebelum secara tiba-tiba belon pelampung terjatuh dari penyangkut dan terkena pada sisi tubuhnya.
“Mangsa telah menerima rawatan di sebuah poliklinik di Seksyen 16, Shah Alam dan pemeriksaan mendapati tiada kecederaan yang serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, Majlis Bandaraya Shah Alam telah mengeluarkan kompaun bertarikh 14 November 2024 atas kesalahan membina taman tema tanpa kelulusan bertulis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Enekmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 serta Seksyen 337 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nor Sabryna Mohammad Tahar di talian 014-5130450.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

