Kes kemalangan berjaya dikurangkan 10 peratus dalam Op Selamat 23

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KES kemalangan jalan raya berjaya dikurangkan sebanyak 10 peratus dalam pelaksanaan Op Selamat 23 sempena sambutan Tahun Baharu Cina, kata Menteri Pengangkuta, Anthony Loke Siew Fook.

Jelas beliau, sebagai perbandingan dengan Op Selamat 21 pada tahun sebelumnya, Op Selamat 23 mencatatkan 7,882 kes berbanding 8,784 kes, seperti yang dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walaupun adanya penurunan statistik, beliau menegaskan kerajaan akan teruskan usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

“Saya yakin kerjasama erat antara agensi seperti PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) perlu diteruskan.

“Ini kerana inisiatif Ops Bersepadu yang dilaksanakan bukan sahaja mampu meningkatkan pematuhan pengguna jalan raya, malah turut membantu mengurangkan risiko kemalangan secara lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Paduan Kasih MADANI dan perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan 2025 di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, MOT telah mencapai banyak kejayaan dalam memastikan rakyat dapat pulang ke kampung halaman dan menyambut perayaan dengan selamat dan selesa pada kadar kos yang berpatutan.

Sebagai contoh, katanya, MOT melalui Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah menyediakan perkhidmatan tren ETS tambahan untuk laluan KL Sentral ke Padang Besar dan Padang Besar ke Kuala Lumpur.

Menurut Loke, langkah itu bertujuan untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat dalam merancang perjalanan dengan lebih mudah pada musim perayaan.

Beliau berkata, KTMB juga telah memperkenalkan tren khas dua hala dari KL Sentral ke Butterworth yang mana sambutan rakyat terhadap inisiatif tersebut amat menggalakkan, khususnya bagi perjalanan jarak jauh ketika musim perayaan dan hujung minggu.

“Semua inisiatif ini sebenarnya mencerminkan kepekaan MOT terhadap keperluan rakyat, terutamanya dalam aspek pergerakan semasa musim perayaan. Kita sedar bahawa bukan hanya masyarakat Cina yang melakukan perjalanan, tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya juga melakukan pergerakan ke seluruh Malaysia.

“Walaupun tidak semua keperluan dapat disediakan sepenuhnya, namun usaha yang dilaksanakan oleh warga MOT menunjukkan kesungguhan dalam menambah baik keadaan sedia ada,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This