Kes tembak Pantai Morib: Seorang lagi lelaki Indonesia meninggal dunia

Dari Penulis

SEORANG lagi lelaki warga Indonesia yang terbabit dalam insiden tembakan di perairan Pantai Morib disahkan meninggal dunia awal pagi semalam di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu pada sidang media Op Palu di Kuil Batu Caves, hari ini.

Beliau berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) juga berjaya menahan dua lagi individu yang dipercayai berada dalam bot pada hari kejadian, baru-baru ini.

“Saya pernah beritahu sebelum ini terdapat individu yang berada di dalam bot berkenaan telah melarikan diri.

“Dua individu warga Indonesia berusia 30-an yang dipercayai berada di dalam bot telah ditahan. Setakat ini polis sudah merekodkan keterangan seramai 31 individu membabitkan semua pihak,” katanya.

Hussein berkata, kertas siasatan juga sudah lengkap dan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

Tambahnya, polis masih memburu seorang lagi warga Indonesia dan turut mendapatkan kerjasama Kedutaan Indonesia di Malaysia untuk mengesan individu terbabit.

Terdahulu UtusanTV melaporkan, seorang maut dan empat cedera dalam kejadian tembak di pantai Morib dan mereka yang cedera dirawat di hospital di Klang dan Serdang. 

Insiden berlaku rentetan kes sebuah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor dilanggar oleh sebuah bot dipercayai milik suspek ketika menjalankan tugas rondaan perairan di Tanjung Rhu pada 3 pagi hari yang sama.

Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam penyeludupan manusia dan mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This