Op Sky: Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar beri keterangan 4 jam

Dari Penulis

TIGA selebriti iaitu Ziana Zain, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dilapor telah selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung Op Sky.

Memetik laporan Astro Awani, Ziana, Jalaluddin dan Dr Sheikh Muszaphar telah memberi keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan, ketiga-tiga selebriti itu telah memberi kerjasama penuh sepanjang keterangan direkodkan.

“Kita boleh panggil semula mereka sekiranya kita masih memerlukan sebarang maklumat sebarang,” katanya.

Dalam pada itu, Azam turut memaklumkan akan memanggil beberapa lagi individu termasuk pihak perbankan dan syarikat perunding kewangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Baca artikel lain: Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM

Terdahulu, Azam dalam sidang media memaklumkan ketiga-tiga selebriti itu memberi keterangan hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram menerusi Op Sky membabitkan syarikat perunding kewangan.

Sebelum ini, Azam dilaporkan berkata siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat itu bagi tujuan promosi.

SPRM, dalam operasi baru-baru ini, menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan melalui Op Sky.

Mengenai pembayaran kepada selebriti, Azam berkata pihaknya turut menyiasat jumlah bayaran tersebut kerana wujud kemusykilan mengenai pembayaran yang dibuat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This