Kemunculan eksklusif aktres Fasha Sandha dengan turun dari atas siling dan melakukan catwalk pertama di pentas peragaan menjadi pembuka tirai dalam memperkenalkan koleksi fesyen raya 2025 ALFARO.
Ia merupakan pertunjukan fesyen pertama Alfaro, sebuah jenama fesyen tempatan yang bermula sejak tahun 2007 dan kini semakin mendapat perhatian di Malaysia.

“Untuk koleksi raya 2025 ini, Alfaro memastikan rekaannya mampu memenuhi keperluan pelanggan dari pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Koleksi ini juga menawarkan gaya yang elegan serta pilihan pakaian yang inklusif untuk pelanggan dengan saiz lebih besar. Setiap reka bentuk disusun dengan tema yang konsisten, memastikan gabungan warna yang serasi serta reka bentuk yang dapat memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan yang berbeza,” ujar Farooq Ahmad, pengasas Alfaro.
Tambahnya lagi, koleksi yang dipertontonkan turut memperlihatkan fesyen gabungan abaya Arab yang elegan dengan pakaian tradisional Melayu, menghasilkan padanan yang bergaya dengan sentuhan moden.


Keunikan koleksi tahun ini dapat dilihat pada pemilihan fabrik yang berkualiti tinggi dan ketelitian dalam jahitannya selain turut mengutamakan reka bentuk yang penuh inovasi.
Menurut Ketua Pegawai Operasi ALFARO, Muhammad Irfan, kali ini mereka turut memperkenalkan beberapa pembaharuan dalam penggunaan fabrik dan teknik jahitan untuk koleksi raya tahun ini.
“Kami gunakan fabrik premium untuk memastikan kualiti yang terbaik. Di samping itu, kami gunakan tukang jahit yang berkemahiran tinggi di luar negara untuk menghasilkan rekaan yang bukan sahaja menarik tetapi juga tahan lama dan selesa dipakai,” kata Muhammad Irfan ketika ditemubual pada malam pertunjukan fesyen koleksi raya Alfaro di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sebagai bukti kepada komitmennya terhadap kualiti, Alfaro telah dianugerahkan pengiktirafan ISO 9001 bagi pengurusan kualiti pada tahun lalu, satu pencapaian penting dalam dedikasi mereka bagi memastikan setiap produk yang dihasilkan memenuhi piawaian tertinggi.

Bagi aktres Fasha Sandha pula, ini merupakan tahun ketiga dia dilantik menjadi wajah eksklusif Alfaro. Mengakui walaupun ada menerima banyak tawaran lain, namun Fasha masih setia memilih Alfaro.
“Memang ada banyak tawaran lain tapi saya kekal memilih Alfaro. Bukan semata-mata kerana menjadi duta, tapi memang saya pakai baju ini sebab sukakan setiap perinciannya. Sebab itu saya masih setia dengan Alfaro. Lagi satu, harganya juga tidak terlalu mahal dan ramai orang mampu untuk memilikinya. Kita bayar untuk sesuatu yang berkualiti dan berbaloi untuk dimiliki,” ujar Fasha ketika ditemubual media.

Koleksi raya Alfaro boleh didapati di lapan cawangan mereka di seluruh Malaysia termasuk di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh, Perak.
Tak boleh datang ke cawangan mereka, boleh juga dapatkan koleksi ini secara dalam talian dan laman web rasmi Alfaro. Kalau bernasib baik, anda mungkin jadi pemenang bertuah kerana Alfaro turut menyediakan cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah hebat termasuk sebuah kereta untuk dimenangi sempena pembelian koleksi raya 2025 ini.
____
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

