Perluasan iPayment diyakini tingkat kecekapan, tatakelola pembayaran

Dari Penulis

PERLUASAN Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) diyakini akan meningkatkan kecekapan serta mengurangkan ketirisan dalam urusan pembayaran perkhidmatan kerajaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Beliau berkata, ini kerana sistem tersebut membawa pembaharuan dengan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai sepenuhnya.

“Ia akan meningkatkan tatakelola dan ketirisan tidak akan berlaku,” katanya ketika ditemui Bernama selepas pelancaran sistem tersebut yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.

Sistem iPayment dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JAN) sebagai sistem untuk mengurus dan menyeragamkan pembayaran perkhidmatan kerajaan.

Sistem itu mula dibangunkan pada awal 2022 dengan Fasa 1 melibatkan saluran portal dalam talian, sebelum diperluas dengan pertambahan saluran pembayaran kaunter dan aplikasi mudah alih melalui pelaksanaan Fasa 2 bermula hari ini.

Sistem itu memberi pilihan kepada pelanggan perkhidmatan kerajaan untuk membuat pembayaran secara dalam talian menggunakan kad debit, kad kredit, kad prabayar, perbankan internet, kod respons pantas (QR) dan e-dompet.

Akauntan Negara, Nor Yati Ahmad pula berkata, penggunaan sistem tersebut bakal mempertingkatkan integriti serta membolehkan rakyat untuk melaksanakan urusan pembayaran pada bila-bila masa.

Baca artikel lain: KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU

Beliau berkata, setakat ini, pengintegrasian sistem tersebut dengan fungsi sedia ada berjalan lancar dan pihaknya yakin perluasan penuh dapat dilaksanakan menjelang Mac, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri.

“Cuma apa yang diharapkan adalah pengguna dapat menyesuaikan diri dengan integrasi penuh sistem ini,” kata beliau.

Setakat ini, lapan kementerian dan agensi telah menggunakan sistem tersebut sejak Fasa 1, antaranya Jabatan Perkhidmatan Awam, JAN, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan Perikanan.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Khidmat Perunding JAN, Mohd Azraai Md Aznan berkata, iPayment mempunyai ciri yang membolehkan kementerian dan jabatan melakukan verifikasi kemasukan pembayaran kepada akaun secara serta-merta, sekali gus mengurangkan ketirisan.

“Sistem ini akan memastikan pembayaran masuk ke dalam akaun bank dan selaras dengan Sistem Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan Kerajaan Bersepadu (iGFMAS), yang membolehkan perakaunan dilaksanakan dengan baik dan sempurna dari mula hingga proses terakhir,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sistem POS Johor tutup ruang ketirisan minyak masak subsidi

KEJAYAAN mekanisme Point of Sale (POS) di Johor dalam memperkemas rantaian pengedaran minyak masak peket bersubsidi serta mengurangkan ketirisan...

More Articles Like This