Lepas 3 ekor ular sawa dalam longkang, Perhilitan tahan 2 lelaki

Dari Penulis

DUA lelaki yang dipercayai melepaskan tiga ekor ular sawa di dalam longkang dekat Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Heights, telah ditahan Jabatan Perhilitan semalam.

Kedua-dua lelaki berusia 35 dan 53 tahun itu ditahan di sebuah rumah berdekatan lokasi kejadian, lapor Buletin TV3.

Jabatan Perhilitan Selangor dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima makluman daripada polis susulan laporan dibuat oleh orang awam mengenai tindakan dua lelaki dan seorang wanita yang didakwa melepaskan tiga ekor ular di kawasan perumahan berkenaan.

Bertindak atas aduan, Jabatan Perhilitan Selangor menemubual dan menjalankan pemeriksaan ke atas kediaman individu yang disyaki terbabit pelepasan ular.

Seekor ular sawa batik yang masih hidup turut ditemui hasil pemeriksaan di kediaman suspek dengan bantuan anggota dari Balai Polis Putra Height.

Hasil siasatan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan yang sah bagi ular sawa itu.

Susulan itu, dua suspek ditahan kerana kesalahan memiliki hidupan liar tanpa lesen sah mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan diteruskan,” kata kenyataan itu.

Jabatan Perhilitan turut menasihati orang ramai untuk berhati-hati sekiranya terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri.

Sebarang aduan serta maklumat berkaitan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui Talian Hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di www.wildlife.gov.my.

Semalam Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan telah menerima laporan mengenai kes individu melepaskan ular sawa di longkang di Jalan Persiaran Putra Permai.

Pengadu menyatakan telah melihat rakaman video memaparkan tiga individu melepaskan tiga ekor ular sawa di longkang.

Laporan dibuat pengadu kerana bimbang akan keselamatan diri dan keluarga di kemudian hari.

Siasatan yang dijalankan oleh Ketua Balai Polis Putra Heights mendapati ular tersebut dilepaskan pada pertengahan Januari lalu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This