Siri 3: Hukum bertaqlid kepada imam-imam mazhab menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi

Dari Penulis

Terdapat golongan yang mengatakan wajib bertaqlid (keakuran seseorang) kepada imam-imam yang empat iaitu Imam Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali. Inilah yang dikatakan oleh pengarang kitab tauhid “al-Jauharah” Imam Bajuri. Terdapat juga pendapat melampau yang menyatakan wajib bertaqlid kepada imam yang tertentu sahaja.

Pendapat ini adalah silap menurut para pengkaji. Bahkan mereka berkata,

“Pendapat yang mengatakan wajib bertaqlid kepada imam tertentu, menerima pandangannya sahaja dan menolak pandangan yang lain adalah haram di sisi agama”

Ini adalah kerana orang yang berkata wajib bertaqlid di dalam urusan agama kepada imam yang tertentu, mengambil kata-katanya semata-mata dan menolak kata-kata yang lain, seolah-olah telah menjadikan imamnya pencipta undang-undang dan nabi yang maksum. Ini tidak dibenarkan di dalam Islam.

Artikel berkaitan: Siri 2: Perbezaan mazhab dalam kalangan umat Islam ini puncanya

Orang yang mengatakan kata-kata ini hendaklah bertaubat. Pada pandangan Ibnu Taimiyyah, sekiranya berterusan begitu dia telah pun terkeluar dari Islam. Manakala Ibnu Qayyim juga telah berkata,

“Kita telah ketahui secara daruri, tidak terdapat di zaman sahabat mahupun tabi’in seorang lelaki yang melebihkan seorang lelaki lain daripada kalangan mereka. Dia bertaqlid semua pandangan beliau tanpa meninggalkan satu pun daripadanya dan menolak semua pandangan selain daripada pandangan orang yang ditaqlidkan itu.

Dustalah mereka yang berkata, terdapat lelaki sebegitu di kurun yang dimuliakan oleh Rasulullah ini iaitu tiga kurun pertama yang Baginda muliakan di dalam hadis-hadisnya yang sahih. Bidaah ini hanyalah berlaku di kurun yang keempat, yang dicela oleh Rasulullah s.a.w.

Ibnu Qayyim telah menentang kata-kata ini (taqlid 4 imam sahaja dan taqlid salah seorang yang tertentu daripada mereka) di dalam kitabnya “I’lam al-Muqi’en”

Beliau telah menggunakan lebih kurang 50 hujjah dalam menyalahkan pandangan ini dan membuat perbincangan yang panjang dan bernilai. Sesiapa yang ingin mengetahuinya bolehlah merujuk kepada kitab tersebut.

Kesimpulan kata-kata beliau ialah, apabila sampai kepada seseorang yang bukan ahli ijtihad, pandangan yang sahih dari mana-mana imam yang empat, atau imam-imam sebelum dan selepas mereka, haruslah baginya mentaqlid mereka.

Ahli ijtihad pula wajib berijtihad. Orang awam dan mereka yang tidak mampu berijtihad dibenarkan mengambil pandangan mana-mana imam atau faqih yang sampai ke martabat ijtihad. Inilah apa yang diperintahkan Allah S.W.T. di dalam firman Nya,

“Maka bertanyalah kamu kepada “ahli zikir” jika kamu tidak mengetahui” (al-Anbiya ayat 7)

Oleh: Fatwa Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi

_____________________________________________________________


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This