Siri 2: Perbezaan mazhab dalam kalangan umat Islam ini puncanya

Dari Penulis

Perbezaan pandangan dalam kalangan ulama feqah dianggap oleh sebahagian umat Islam sebagai punca berlaku perpecahan, sedangkan ia sebenarnya adalah pintu rahmat kepada umat Islam itu sendiri.

Dalam artikel yang lalu telah kami kongsikan 3 asas perselisihan pandangan para imam, dan artikel ini sambungan kepada siri satu sebelum ini. Antara perselisihan para imam adalah dalam:  

Keempat: Keyakinan imam-imam kepada sesuatu riwayat

Seorang imam itu mungkin meyakini dan mengambil sesuatu riwayat, sedangkan imam-imam yang lain tidak meyakini dan menolaknya. Sesetengah daripada mereka mengenakan syarat-syarat untuk menerima pakai hadis, sedangkan sesetengahnya pula tidak mengenakan apa-apa syarat, terutamanya melibatkan permasalahan “umum al-balwa” (kelaziman bagi orang awam).

Kelima: Perselisihan di dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil

Imam Malik misalnya lebih mengutamakan amalan penduduk Madinah berbanding hadis Ahad dalam perkara yang berkaitan ibadat. Sesetengahnya pula mengutamakan hadis Dhaif (yang kemudiannya dinamakan hadis Hassan) lebih daripada qiyas.

Imam-imam lain pula melihat sebaliknya. Ada yang berhujah dengan hadis Mursal secara total, ada yang menolaknya secara total dan ada juga yang menerimanya dengan bersyarat. Ada juga yang berpendapat syariat umat terdahulu harus diikuti dan ada yang tidak berpendapat begitu.

Ada pula berhujah dengan kata-kata sahabat, dan ada yang menolaknya. Ada yang berhujah dengan masalih al-mursalah (yang tidak ada dalil menunjukkan penerimaan dan penolakannya) dan ada yang tidak menerimanya.

Sebab-sebab berlaku percanggahan ini adalah disebabkan perselisihan mereka dalam dalalah dan perkara yang melibatkan amr dan nahyu, am dan khas, mutlak dan muqayyad, mantuq dan mafhum serta perkara-perkara lain yang dijelaskan dalam ilmu usul feqah.

Harus diketahui perselisihan di dalam perkara furu’iyyah adalah keperluan, rahmat, keluasan dan kekayaan sehingga terbina di atasnya Fiqh al-Khilaf (cara-cara berselisih) dan adab-adabnya sesama umat Islam.

Sesuatu yang sesuai untuk satu suasana mungkin tidak sesuai untuk suasana lain. Sesuatu hukum yang sesuai untuk satu zaman mungkin tidak sesuai untuk zaman yang lain. Sebahagian sahabat telah berfatwa bagi satu masalah, kemudian menarik balik fatwanya itu.

Suasana dan hal sesuatu mungkin berubah dan manusia akan terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar, lalu menukarkan pandangannya. Oleh sebab inilah Imam as-Syafie mempunyai dua aliran pandangan.

Pandangan Khadim (ketika beliau berada di Iraq) dan pandangan Jadid (ketika beliau berada di Mesir). Ini kerana apabila Imam as-Syafie sampai di Mesir, beliau melihat perkara-perkara yang belum pernah dilihatnya. Beliau mendengar hadis-hadis yang belum pernah didengarnya.

Apabila Abu Jaafar al-Mansur meminta Imam Malik mengarang kitabnya al-Muwatta beliau, (Abu Jaafar) telah berkata,

“Jauhilah Syada’id Ibnu Umar, rukhsah Ibnu Abbas, syawaz Ibnu Mas’ud dan ajarlah ia kepada orang ramai”

Imam Malik melaksanakan permintaan ini dan khalifah kemudiannya ingin memaksa orang ramai mengikut kitab itu, tetapi Imam Malik dengan kefahaman, kesedaran dan kewarakannya telah berkata,

“Wahai Amirul Mukminin, jangan lakukannya. Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah telah bertebaran ke segenap tempat. Setiap kaum telah mempunyai ilmu. Masyarakat telah menerima banyak pandangan dan meredainya. Sekiranya kamu memaksa mereka menerima satu pandangan sahaja, nescaya akan berlaku fitnah

Begitulah mereka memandang perselisihan dalam perkara-perkara furu’iyyah sebagai satu yang tidak memudaratkan dan tidak dapat dielakkan. Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya semua umat Islam bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam semua perkara, dan menolak pandangan-pandangan lain.

Tiada sesiapa pun yang akan dapat menggunakan rukhsah dalam mana-mana perkara. Tiada siapa juga yang boleh menilai pandangan, kata-kata atau riwayat bagi mengetahui yang manakah paling senang paling tepat dan benar. Wallahu a’lam

_____________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pengurusan Islam Malaysia Diiktiraf di Mekah, Dr. Zulkifli Bawa Suara Negara ke Pentas Global

MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa pemikir dalam dunia Islam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),...

More Articles Like This