LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus

Dari Penulis

LOJI Rawatan Air (LRA) Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus selepas pengoperasian semula saluran paip air mentah bersaiz 825 milimeter (mm) dari muka sauk Batu 7 yang membolehkan peningkatan bekalan air mentah ke loji.

Lembaga Air Perak (LAP) dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan ekoran peningkatan aliran air mentah ke LRA Bukit Temoh, situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

“Masih akan ada kawasan yang mungkin menghadapi tekanan rendah disebabkan sistem bekalan air ini belum pulih sepenuhnya kerana operasi LRA Bukit Temoh belum mencapai 100 peratus,” menurut kenyataan itu.

LAP memaklumkan status bekalan air di kawasan Tapah dan Bidor mencatatkan 90 peratus pemulihan namun Kampung Coldstream dan Kuala Bikam masih mengalami tekanan air rendah selepas kerja pembaikan paip pecah selesai.

Baca artikel lain: Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor – Sanusi

Status bekalan air di kawasan Hilir Perak mencatatkan 55 peratus pemulihan dengan kawasan yang masih mengalami gangguan ialah Sungai Manik, Kampung Sungai Tukang Sidin, Kampung Sungai Air Deras Langkap, Kampung Pematang Sungai Manik, Kampung Pengkalan Daun, Kampung Pematang Pelanduk, Kampung Orang Asli Redang Ponggor, Taman KPJ, Taman Orkid Jalan Bidor Teluk Intan dan Kampung Changkat Jong.

“Bekalan air dijangka pulih secara berperingkat dengan penambahan bekalan air mentah ke loji,” menurut kenyataan itu.

Status kerja tambakan tanah di Taman Bunga Raya mencapai 70 peratus, tertumpu kepada penstabilan struktur tanah akibat tanah runtuh manakala status kerja pemasangan paip baharu berada pada tahap lima peratus.

“Pemasangan paip baharu masih di peringkat awal dan dijangka mengambil masa beberapa minggu lagi sebelum siap sepenuhnya,” menurut LAP.

Justeru, LAP menasihatkan pengguna menggunakan air secara berhemah sehingga bekalan pulih sepenuhnya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memaklumkan beberapa kawasan terjejas di Batang Padang dan Hilir Perak akibat gangguan bekalan air susulan kebocoran paip bawah tanah milik LAP kembali pulih.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hantaran undang padah, warga Bangladesh ‘kantoi’ miliki dua pasport ditahan

HANTARAN tular di platform media sosial memaparkan seorang lelaki memegang dua pasport mengundang padah selepas warga Bangladesh itu ditahan...

More Articles Like This