MALAYSIA dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha ‘menghalau’ rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.
Pendirian itu disuarakan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghubungi Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi, semalam.
Menurut Perdana Menteri, beliau dan El-Sisi telah menyentuh tentang perkembangan terkini berhubung isu kemanusiaan dan usaha pembangunan semula Gaza.
Pada masa sama, Anwar turut mengulangi pendirian Malaysia untuk terus membantu rakyat Palestin terutama membabitkan bantuan kemanusiaan dan perubatan serta pembangunan semula.
Selain itu, Perdana Menteri menegaskan Malaysia kekal menyokong perjuangan menuntut keadilan buat Palestin.
“Alhamdulillah, saya dan Presiden El-Sisi senada dalam pendirian menolak usaha menghalau rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.
“Langkah ini bakal memberi dampak buruk terhadap usaha mewujudkan sebuah negara Palestin yang merdeka,” katanya dalam hantaran di Facebook, malam tadi.
Mengulas lanjut, Anwar turut menzahirkan penghargaan terhadap pendirian El-Sisi dan Kerajaan Mesir yang terus menghulurkan bantuan dan mempermudah usaha Malaysia menyampaikan sumbangan dan perubatan terhadap rakyat Palestin yang terkesan dengan serangan serta kekejaman genosid rejim Zionis Israel.
Baca artikel lain: Malaysia kekal konsisten pertahan hak Palestin – PM
Beliau berkata, El-Sisi turut menyatakan sokongan terhadap usaha digerakkan Jepun dan Malaysia untuk membangunkan semula Gaza menerusi inisiatif Kerjasama Asia Timur Untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Katanya, gerakan membantu Palestin pasti lebih berkesan sekiranya lebih banyak negara bersolidariti dan bersama-sama dalam usaha tersebut.
“Saya dan Presiden El-Sisi juga sempat bicarakan soal hubungan dua hala Malaysia-Mesir.
“Kami sekali lagi mengulangi komitmen untuk memperkukuh kerjasama ekonomi, pelaburan, perdagangan, pendidikan dan kebudayaan kedua-dua negara,” katanya.
Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan AS akan ‘mengambil alih’ Semenanjung Gaza dan membangunkannya semula, selain mahu rakyat Palestin dipindah keluar dari tanah air mereka itu secara kekal.
Hasrat kontroversi Trump itu mengundang kecaman meluas, dengan banyak pihak menyifatkannya sebagai pembersihan etnik dan jenayah perang.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

