Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor – Sanusi

Dari Penulis

PERKEMBANGAN projek Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Limau di Baling kini dalam proses penamatan khidmat kontraktor sedia ada susulan gagal melaksanakan tugas dalam tempoh ditetapkan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.

“Kita dah hantar proses penamatan (kontraktor) seperti dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan. Apa-apa projek kerajaan ada SOP dan undang-undang yang perlu dipatuhi dalam proses perolehan.

“Dia (kontraktor) masuk tender terbuka dan dipilih dalam sistem tender terbuka, bukan dilantik oleh kerajaan … tetapi apabila dapat tender, ada masalah tertentu dan gagal siapkan (projek),” katanya kepada pemberita.

Baca artikel lain: Hukuman sebat terbuka: Kedah tak campur urusan Mahkamah Syariah – Sanusi

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir semalam yang mengatakan kementeriannya memandang serius perkembangan LRA Sungai Limau yang dipercayai tiada kemajuan sejak Julai tahun lepas.

Akmal Nasrullah berkata dalam lawatan kali ketiga ke tapak projek LRA itu semalam, pihaknya mendapati kesemua komponen yang perlu dibina masih belum disiapkan, walaupun projek berkenaan bermula pada 2021.

Muhammad Sanusi berkata bukan sahaja projek LRA berdepan dengan masalah kontraktor yang gagal menyiapkan kerja mengikut jadual, tetapi juga ada projek lain seperti pembinaan rancangan tebatan banjir pernah menghadapi masalah sama sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya apabila kontraktor bermasalah, penamatan perkhidmatan mereka perlulah dibuat mengikut SOP memandangkan mereka dilantik mengikut undang-undang dalam tender terbuka.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This