“Bila ada yang kenal & tegur, saya jadi segan” – Malek Noor kini selesa hidup sederhana

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SUDAH lama tidak muncul di kaca televisyen, jaguh bina badan negara iaitu Datuk Malek Noor terbuka untuk menerima tawaran lakonan.

Malek atau nama penuhnya Abdul Malek Mohamed Noor, 68, tidak kisah untuk kembali berlakon asalkan watak yang diberikan bersesuaian dengan dirinya.

“Sebelum ini saya ada dapat tawaran berlakon tapi terpaksa tolak sebab tak sesuai dengan watak dan personaliti saya sekarang ini.

“Kalau ada watak bapa atau ‘Datuk’, Insya-Allah saya okay dan boleh terima tawaran itu,” katanya kepada URTV.

Tambah Malek, dia sering dihubungi rakan apabila banyak klip filem lakonannya disiarkan semula di media sosial.

“Seiring dengan perkembangan teknologi dan media sosial, sekarang dah banyak klip-klip lakonan saya disiarkan kembali.

“Ada juga saya dapat panggilan daripada rakan-rakan yang terlihat klip tersebut. Mereka sangat teruja menonton.

“Saya berterima kasih dan hargai sangat-sangat bila ada yang masih mengenali saya,” ulasnya.

Malek berkata demikian ketika ditemui di Majlis Cahaya Ramadan @KL Steambot & Grill 2025, Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah, Malek juga dilantik sebagai duta bagi premis makanan terbabit.

Mengulas lanjut megenai karier seninya, Malek akui sudah puas mengejar populariti.

Justeru, dia tidak lagi meletakkan bidang seni di tangga teratas sebaliknya kini fokusnya lebih tertumpu kepada bisnes.

“Saya sekarang ni lebih selesa bersederhana. Saya dah pernah rasa glamor dalam dunia seni jadi sekarang ni saya lebihkan minat dalam perniagaan, motivasi dan sebagainya.

“Kalau ada yang masih kenal dan tegur, saya jadi segan. Saya ni pemalu orangnya  kalau di luar set kamera, memang dari kecil terbawa-bawa sikap itu.

“Malah, jika ada yang sebut mengenai penghargaan yang pernah diterima sepanjang aktif dalam sukan bina badan pun, ada rasa segan dalam diri ini,” luahnya yang pernah menyertai The Masked Singer Malaysia musim ketiga.

Lokasi makanan ‘bakar-bakar’, steambot pilihan ramai

Dalam pada itu, @KL Steambot & Grill yang diusahakan oleh empat usahawan iaitu Mohd Zulkifli Mohd Talib, Mohd Farid Jamaluddin, Mohd Samsul Mior Atan Ahmaddan Mohd  Halmie Mior Atan Ahmad, komited untuk menawarkan pengalaman berbeza dalam dunia restoran di Kuala Lumpur sejak di buka kepada umum pada September tahun lalu.

Biarpun persaingan konsep steambot dan gril di premis lain agak tinggi, namun mereka optimis untuk mencipta suasana lebih menarik dengan menerapkan elemen hiburan seperti persembahan busking secara langsung setiap hujung minggu.

Selain menyajikan makanan laut segar dan berkualiti tinggi, restoran itu turut menawarkan pelbagai menu lain dengan harga berpatutan, termasuk promosi istimewa sepanjang Ramadan tahun ini.

Harga pada hari biasa ditetapkan pada kadar RM34.80 bagi dewasa, RM28.80 (warga emas) dan RM18.80 (kanak-kanak).

Sementara untuk Ramadan, sejajar dengan penambahan menu-menu yang menyelerakan, pihak restoran membuat keputusan untuk meletakkan harga RM49.80 bagi seorang pelanggan.

@KL Steamboat & Grill yang terletak di Jalan Mengkudu, Kuala Lumpur mampu memuatkan seramai 600 pelanggan dalam satu masa itu dibuka setiap hari dari jam 5 petang hingga 12 tengah malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hawa Rizwana dipilih kerana kredibiliti, bukan populariti

DI SEBALIK lambakan pempengaruh digital dan selebriti media sosial yang bersandarkan populariti semata-mata, pengacara serta personaliti televisyen terkenal, Hawa...

More Articles Like This