First Grade amal ‘Satu Pengasas, Satu Formulasi’, komited hasilkan produk berkualiti tinggi

Dari Penulis

Mengekalkan konsep eksklusiviti dalam pengeluaran produk, First Grade Resources Sdn. Bhd. (First Grade) mengamalkan disiplin di mana setiap pengasas diberikan formulasi unik dan tersendiri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mukhlis Zulkifli berkata, kilang pengeluaran berasaskan pengilang peralatan asal (OEM) untuk produk minuman dan kosmetik berkata konsep  “Satu Pengasas, Satu Formulasi”  dijalankan tidak seperti kebanyakan kilang OEM yang menghasilkan produk secara timbang kilo dengan formulasi yang sama untuk beberapa jenama.

“Setiap minggu untuk satu produk, lebih-lebih lagi yang mendapat permintaan tinggi, kami boleh keluarkan sehingga 20,000 kuantiti.

“Sebelum ini banyak ‘produk timbang kilo’ di mana kilang mengeluarkan formulasi untuk pembersih wajah dan dijual kepada beberapa pengasas berbeza. Namun kami tidak mengamalkan konsep begitu, konsep kami satu formulasi, satu pengasas. Untuk setiap pengasas, team penyelidikan akan mengeluarkan formulasi baharu.

“Setiap produk melalui beberapa fasa kawalan kualiti sebelum dipasarkan bagi menjamin mutu yang terbaik.

“Pematuhan kepada Standard dan Pensijilan-Produk yang dihasilkan di syarikat kami telah mendapat pengiktirafan pensijilan termasuk KKM (Kementerian Kesihatan), halal, Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI),” katanya pada majlis sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pembukaan Kilang Baharu First Grade Resources Sdn. Bhd.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dengan diiringi Pengarah Urusan First Grade, Zulkifli Yusop.

First Grade Resources kini dalam proses mendapatkan pengiktirafan sebagai Certified Chemist daripada Institut Kimia Malaysia, yang dijangka diperoleh pada akhir Februari atau Mac. Syarikat juga merancang memperoleh pensijilan Good Laboratory Practice (GLP) bagi meningkatkan kepercayaan terhadap kebolehpercayaan dan kualiti produk.

Sebagai sebahagian daripada strategi Industrial Revolution 5.0, Mukhlis turut memberitahu syarikatnya akan terus meningkatkan penggunaan teknologi moden dalam pemprosesan sambil mengekalkan elemen kawalan kualiti manusia dalam inovasi produk.

“Dengan adanya peralatan dan teknologi baharu di kilang baharu ini, proses pembuatannya semakin cepat dan melibatkan sejumlah kuantiti yang besar.

“Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini syarikat hanya menghasilkan 20,000 unit produk seminggu, kini angka tersebut meningkat kepada 50,000 unit seminggu,” tambahnya.

Selain itu, syarikat juga  turut memperkenalkan galeri eksklusif yang mempamerkan sampel produk hasil inovasi pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat kepada pelanggan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This