Norliyana bersyukur beli rumah, dapat Perodua Bezza

Dari Penulis

Tidak menyangka pembelian rumah pertama membawa tuah apabila diumumkan sebagai pemenang bertuah Kempen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 60 Tahun yang melayakkannya membawa pulang sebuah Perodua Bezza.

Norliyana Nasir, 35, merupakan pembeli unit Aludra Residensi projek rumah bandar PKNS di Selangor Cyber Valley (SCV) dan antara pembeli yang telah disenarai pendek untuk menyertai cabutan bertuah berkenaan.

“Saya tidak menyangka dan sangat bersyukur dapat memenangi kereta dengan membeli rumah, lebih-lebih lagi ini merupakan rumah pertama saya. Kereta ini akan digunakan untuk kegunaan harian,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan kunci kereta Pemenang Kempen PKNS 60 Tahun Giveaway di Galeri Jualan SCV.

Kempen PKNS 60 Tahun Giveaway yang telah berlangsung pada 15 Oktober hingga 31 Disember tahun lalu ini diadakan khusus untuk menghargai pembeli rumah PKNS yang memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

Seramai 31 individu layak disenarai pendek untuk menyertai cabutan pemenang yang telah diadakan pada 12 Februari lalu di bangunan ibu pejabat PKNS.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran PKNS, Fadli Mohd Ariff berkata, kempen ini mencerminkan komitmen PKNS dalam usaha memberikan penghargaan kepada para pembeli rumah PKNS.

“Kami akan terus menawarkan pelbagai ganjaran menarik bagi pembeli rumah PKNS dan banyak lagi perancangan pada masa hadapan. Kami dapat melihat trend orang membeli rumah meningkat apabila kempen sebegini dijalankan, malah lokasi kediaman di Selangor Cyber Valley yang sesuai juga memainkan peranan dapat peningkatan jualan.

“Dengan membeli rumah yang berkualiti dan reka bentuk yang ideal, pembeli berpeluang menyertai kempen ini yang menawarkan hadiah menarik dan eksklusif  kerana hanya seorang pemenang bertuah sahaja yang dipilih.

“Tahniah kepada  Norliyana yang merupakan pemenang pertama Kempen PKNS 60 Tahun Giveaway yang julung kali dianjurkan ini,” katanya menyatakan PKNS kekal komited untuk meneruskan penganjuran kempen yang lebih inovatif dengan ganjaran menarik pada masa hadapan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This