KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU

Dari Penulis

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan program rakan muda khusus untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata sebagai permulaan program rakan muda OKU itu akan dilaksanakan bersama-sama program latihan kemahiran inklusif belia autisme dan berkeperluan khas di 13 Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) .

Beliau berkata pelaksanaan program itu bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

“Macam di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang ini, kita bukan sahaja ada fasiliti untuk mereka belajar tetapi juga ada fasiliti sukan seperti padang bola. Jadi kalau pagi mereka belajar, petang sepatutnya mereka boleh diajar skil untuk bersukan.

Baca artikel lain: Kajian terperinci perlu dijalankan untuk fahami perbezaan caj rawatan hospital swasta – Timbalan Menteri Kewangan

“Menerusi cara ini mungkin kita dapat mencari bakat baharu untuk sukan … atlet paralimpik boleh wujud di sini,” katanya selepas mengadakan lawatan rasmi ke IKTBN Sepang hari ini bagi meninjau pelaksanaan program latihan kemahiran inklusif belia autisme dan berkeperluan khas.

Sementara itu, KBS dalam kenyataan berharap program itu dapat terus berkembang dan menjadi sumber inspirasi kepada lebih ramai ibu bapa untuk yakin serta memberikan sokongan kepada belia istimewa dalam mencapai potensi sebenar.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan Empat maut: PM, isteri berduka, sampaikan takziah

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa dukacita menerima...

More Articles Like This