SEORANG penunggang motosikal wanita maut tercampak pada ketinggian 30 meter selepas motosikal ditunggang bergesel kereta di Kilometer 0.7, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), petang semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan pada pukul 6.50 petang.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa iaitu seorang wanita tempatan berusia 30 tahun yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan semasa melalui jalan berselekoh.
“Akibat kemalangan, mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704.
Shahrulnizam berkata, semua pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

