Bife Charcoal Steakhouse sambut kedatangan Ramadan dengan bufet istimewa untuk tahun ke-5, pemilik Muslim & semestinya halal!

Dari Penulis

BIFE Charcoal Steakhouse, restoran Brazilian Steak terkenal satu-satunya milik penuh Bumiputera yang terletak di The LINC, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kembali dengan bufet Ramadan istimewa untuk tahun kelima.

Beroperasi sejak November 2019, restoran ini telah melalui pelbagai cabaran termasuk pandemik COVID-19 yang melanda negara pada awal 2020.

Namun, dengan sokongan pelanggan setia, BIFE Charcoal Steakhouse terus bertahan dan berkembang hingga ke hari ini.

Mengetengahkan kaedah rotisserie berkonsepkan ‘Brazilian churasco style grilled meat’ yang dipanggang dengan arang kayu bakau menjadikan pelanggan yg hadir ke BIFE boleh menikmati kelazatan daging panggang yang beraroma dan sangat enak, dihantar terus ke meja makan dari dapur panas dan dihidangkan berulang kali mengikut permintaan pelanggan.

Pelbagai jenis menu yang disediakan semestinya memenuhi kepuasan penggemar daging termasuklah Australian grain-beef premium Sirloin, Picahna, Garlic Beef, Lamb Shoulder, Chicken Wings, Drummet, Sotong Mediterranean, Udang Harimau dan Pineapple Glaze.

Pemilik yang juga Pengarah Urusan BIFE Charcoal Steakhouse, Datuk Saiful Izhar Senawi berkata, walaupun mengalami cabaran sejak awal penubuhan, mereka tetap bertahan dan berkembang sehingga kini di atas sokongan yang diberikan oleh pelanggan setia BIFE.

“Kami tidak mempunyai rakan kongsi atau rangkaian besar di belakang kami. Apa yang ditawarkan hanyalah usaha gigih dalam menyajikan hidangan berkualiti kepada pelanggan setia kami.

“Bufet Ramadan tahun ini menampilkan gabungan unik masakan Melayu dan ‘churrasco styled grilled meat’ yang menjadi kepakaran restoran ini.

“Antara hidangan utama yang ditawarkan termasuk 11 jenis daging panggang premium, Kambing Panggang Istimewa, seleksi pasta dan pelbagai jenis sup seperti Sup Berempah, Sup Sayuran, Mee Goreng Mamak , Nasi Hujan Panas, rendang, soto dan banyak lagi,” katanya.

Menampilkan konsep ‘fusion menu’ berdasarkan permintaan pelanggan, bufet ini bukan sekadar menyajikan daging panggang berkualiti tinggi tetapi turut menampilkan hidangan tradisi yang lebih dekat di hati masyarakat Malaysia termasuklah aneka kuih tradisi, cucur udang serta juadah pencuci mulut seperti Kek, Aiskrim, Cendol, Air Batu Campur, Buah-buahan, Rojak Buah dan pilihan salad segar.

Bufet Ramadan BIFE Charcoal Steakhouse boleh dinikmati pada harga RM128.00 bagi dewasa dan RM64.00 bagi kanak-kanak berumur 11 tahun ke bawah.

Bufet ini tersedia dan boleh dinikmati bermula jam 6.00 petang hingga 10.00 malam sepanjang bulan Ramadan.

Restoran ini mempunyai kapasiti keseluruhan sebanyak 160 orang, dengan ruang dalaman yang mampu memuatkan seramai 90 orang pada satu-satu masa.

Susunan meja di ruang dalaman boleh disesuaikan mengikut permintaan pelanggan bagi kumpulan besar dan mampu menampung sehingga 100 orang pada satu-satu masa.

BIFE menjanjikan suasana tenang dan ruang makan yang selesa buat seisi keluarga. Istimewanya lagi, turut disediakan ialah kemudahan surau untuk memudahkan pelanggan beribadah yang disediakan oleh pihak The LINC KL.

Untuk tempahan, BIFE Charcoal Steakhouse boleh dihubungi melalui talian 03-21818117 atau 018-7777640.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This