Ayam Gepuk Pak Gembus lakar sejarah terima 5 pengiktirafan Malaysia Book of Records

Dari Penulis

Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia (AGPGM) menerima lima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).

Ketua Pegawai Operasinya, Zulkarnain Mohd Yusof berkata, pencapaian itu termasuk jenama ayam gepuk pertama di Malaysia dan diperakui halal, rangkaian makanan ayam gepuk terbesar, nilai jualan tertinggi ayam gepuk dalam setahun dan jumlah ayam gepuk terjual terbanyak dalam setahun.

“Penerimaan pengiktirafan daripada MBOR bukan sekadar satu pencapaian tetapi tanggungjawab besar kepada pengguna dan industri. 

“Ia bukan sekadar simbol kejayaan malah penghargaan kepada setiap titik peluh demi memastikan jenama ini terus maju.

“Kejayaan ini tidak akan tercapai tanpa rakan niaga, pembekal dan pelanggan yang telah bersama-sama menyokong kami sejak awal,” katanya ketika Majlis Penyampaian Anugerah The Malaysia Book of Records, AGPGM, malam tadi.

Yang turut hadir merasmikan majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya.

Tambah Zulkarnain, pengiktirafan itu membuktikan pihaknya sentiasa mengutamakan kebersihan dalam penyediaan makanan mengikut piawaian halal.

“Pensijilan halal diterima baru-baru ini juga membuktikan komitmen kami dalam menyediakan makanan selamat, bersih, dan berkualiti tinggi kepada pelanggan. Ia juga membantu mengangkat nama Malaysia sebagai hab halal global yang dipercayai.

“Dengan adanya pensijilan halal, jenama AGPGM bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan tetapi juga berpotensi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi pusat rujukan halal dunia,” ulasnya.

AGPGM bertekad untuk terus memperluaskan operasinya, menawarkan lebih banyak inovasi dalam menu dan menyumbang kepada industri halal Malaysia yang semakin berkembang pesat.

“Dengan lebih 800 cawangan di Indonesia dan hampir 100 di Malaysia, Ayam Gepuk Pak Gembus kini memperkukuhkan kedudukannya untuk memenuhi permintaan pelanggan di pasaran utama, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Ayam Gepuk Pak Gembus juga sedang merancang pembukaan outlet antarabangsa pertamanya di luar Malaysia, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi pengembangan kami di peringkat global,” katanya.

Dalam pada itu, jenama berkenaan turut memperkenalkan produk terbaharunya iaitu Sambal Kemiri yang dilancarkan secara eksklusif kepada tetamu yang hadir.

“Produk inovatif ini merupakan tambahan baharu dalam keluarga Pak Gembus, berbeza daripada sambal ikonik yang disajikan di restoran. Ia direka khas untuk membawa rasa asli ‘PG by Pak Gembus’ terus ke dapur pelanggan.

“Dalam masa terdekat, Sambal Kemiri akan tersedia untuk pembelian melalui platform e-dagang seperti Shopee dan TikTok Shop. 

“Pelanggan digalakkan untuk mengikuti ‘PG by Pak Gembus’ di kedua-dua platform ini bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai pelancaran rasmi serta promosi istimewa,” kongsinya. 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Adakah beliau mendapat tawaran? Srikandi Bersatu luah rasa kecewa atas tindakan Alwiyah

SRIKANDI Bersatu melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Alwiyah Talib yang memilih untuk meninggalkan parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan...

More Articles Like This