Aset pelaburan KWSP cecah RM1.25 trilion, 63 peratus dilaburkan dalam pasaran domestik

Dari Penulis

ASET pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencapai RM1.25 trilion setakat 31 Disember 2024, dengan 63 peratus daripadanya dilaburkan dalam pasaran domestik.

KWSP menjelaskan pelaburan domestik menjana RM37.02 bilion atau 49.7 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan, memberikan kestabilan kepada jumlah keseluruhan pendapatan pelaburan KWSP.

“Aset global pula menjana pendapatan sebanyak RM37.44 bilion atau 50.3 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan,” tambahnya dalam kenyataan semalam.

Menurut KWSP daripada RM74.46 bilion jumlah pendapatan pelaburan keseluruhan, RM63.59 bilion dijana untuk Simpanan Konvensional, manakala RM10.87 bilion adalah untuk Simpanan Shariah.

Bermula Januari 2024, KWSP sudah memisahkan sepenuhnya portfolio Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah.

Dana persaraan itu menjelaskan langkah berkenaan membolehkan setiap portfolio mengoptimumkan pulangannya dalam jangka panjang melalui alokasi aset strategik tersendiri.

Beliau berkata, pemisahan itu juga meningkatkan kepelbagaian, memastikan aset di bawah Simpanan Shariah dan Simpanan Konvensional diagihkan dengan baik merentasi kelas aset, geografi, pasaran, dan industri bagi menjamin pulangan yang mampan.

Bagi 2024, kelas aset ekuiti menyumbang RM49.79 bilion selepas turun nilai kos, mewakili 67 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan KWSP dengan pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 9.90 peratus.

“Kenaikan pendapatan melebihi RM39.01 bilion pada 2023 didorong oleh pendekatan strategik dan kecekapan pengurus dana dalam memanfaatkan keuntungan semasa tempoh ketidaktentuan pasaran, serta prestasi kukuh di pasaran ekuiti,” tambah KWSP.

Pada 2024, penurunan nilai kos bagi ekuiti tersenarai adalah RM0.72 bilion.

Pelaburan ekuiti persendirian, yang merangkumi hampir 10 peratus daripada pelaburan ekuiti, mencatatkan ROI sebanyak 11.33 peratus, menurut KWSP.

KWSP juga menjelaskan instrumen pendapatan tetap terus menjadi tunjang dalam mengekalkan pulangan stabil serta mengurangkan kesan turun naik pasaran jangka pendek.

Kelas aset ini, yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia, menyumbang RM21.91 bilion atau 29 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan KWSP bagi 2024, dengan ROI sebanyak 4.27 peratus.

“Pendapatan yang lebih tinggi ini, berbanding RM19.74 bilion pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan saiz aset,” menurut dana persaraan itu.

KWSP juga memaklumkan pelaburan hartanah dan infrastruktur mencatatkan pendapatan RM1.64 bilion, dengan ROI sebanyak 5.13 peratus berdasarkan mata wang tetap.

“Pendapatan daripada instrumen pasaran wang pula berjumlah RM1.12 bilion dengan ROI sebanyak 1.89 peratus.

“Memandangkan majoriti pelaburan ini adalah dalam mata wang asing, prestasi keseluruhan kategori aset ini terjejas oleh kerugian pertukaran mata wang susulan pengukuhan ringgit berbanding dola AS pada 2024,” katanya.

Instrumen pendapatan tetap mewakili 46.2 peratus daripada aset pelaburan, manakala ekuiti 43.5 peratus.

Hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang masing-masing mewakili 6.3 peratus dan 4.0 peratus daripada aset KWSP. – BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This