Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025 bakal cipta Malaysia Book of Records, berlangsung selama 196 jam tanpa henti! Kehadiran ramai ‘influencers’ & selebriti bakal jadi tarikan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

FESTIVAL jualan raya paling dinanti-nantikan, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya, bakal berlangsung di WTC Kuala Lumpur dari 14 hingga 24 Mac ini, anjuran Mivas City Sdn Bhd.

Selama 11 hari dan 196 jam, acara ini bukan sekadar pameran jualan, tetapi satu pengalaman penuh warna-warni yang menggabungkan festival raya dan makanan dalam satu acara besar-besaran di mana ‘tagline’ yang mereka tekankan “Shopping Awal Tak Kalut”.

Dengan pencapaian yang bakal tercipta dalam Malaysia Book of Records sebagai festival raya terpanjang dan terlama di Malaysia, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya menjanjikan pengalaman membeli-belah yang luar biasa buat pengunjung.

Pelbagai tarikan istimewa telah dirancang, termasuk cabutan bertuah harian dengan lebih 300 gold coin serta hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car) yang pastinya akan menarik perhatian ramai.

Dari Kiri Elton ( Owner VNM Studio),Wan Mohd Hafiz (CEO Specta / Rasa Fusion Food Festival), Hafiidzzul (CEO Mivas City Sdn Bhd), Ashraf Muslim (Ashraf Muslim Premium Clothing), Shaick Saifullah (Ombak Exclusive)

Lebih daripada sekadar tempat membeli-belah, festival ini juga akan dimeriahkan dengan persembahan artis tempatan setiap malam, memastikan suasana lebih meriah dan penuh hiburan. Selain itu, 80 booth makanan eksklusif dari Rasa Fusion Food Festival akan menawarkan pelbagai juadah enak bagi memeriahkan suasana Ramadan, menjadikannya festival pertama yang menggabungkan pameran raya dan festival makanan dalam bulan puasa.

Keunikan festival ini diperkukuhkan dengan adanya live booth percuma bagi vendor terpilih serta sesi podcast harian sepanjang acara, yang akan membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan persiapan raya dan trend terkini.

Acara ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran jenama terkenal seperti Prima Valet dengan barisan duta-duta mereka serta selebriti dan personaliti media sosial terkenal seperti Ashraf Muslim, Kak KM, Emy Takal, Ifik Takal, Bella Hanna, Aisyah Rahim, Nurul Ellyna, Iddin Ramli dan beberapa food influencers lain yang bakal menjadi daya penarik tambahan kepada festival ini.

Gerobok Biru Gegak Gempita Raya bukan sekadar festival biasa, tetapi satu platform yang mengangkat keunikan budaya, gaya hidup dan tradisi rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dengan pelbagai pilihan fesyen raya, biskut tradisional, gajet dan telco, dekorasi rumah, produk kecantikan serta banyak lagi, pengunjung pasti akan menemui segala keperluan mereka di bawah satu bumbung.

Orang ramai dijemput untuk menyaksikan sendiri kemeriahan festival ini dan menikmati pengalaman membeli-belah yang luar biasa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mivas City Sdn Bhd melalui email di [email protected] atau layari laman social media tiktok/facebook/Instagram : @gerobokbiru


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This