WTC KL diiktiraf Jenama Acara Perniagaan Antarabangsa Terbaik

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BUAT julung kalinya, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) berjaya merangkul Anugerah Jenama Acara Perniagaan Antarabangsa Terbaik tahun ini dalam majlis Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia 2021, semalam.

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Pengarah Eksekutif WTC KL, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim menyifatkan pencapaian itu adalah hasil usaha keras seluruh warga kerja pusat dagangan berkenaan.

Menurut Irmohizam, anugerah tersebut adalah satu kebanggaan dan menampilkan imej positif WTC KL kepada pemain industri mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE) serta acara perniagaan di Malaysia.

Walaupun berhadapan cabaran selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, Irmohizam turut menyifatkan pencapaian itu sebagai sesuatu yang luar biasa.

“Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) atas pengiktirafan ini.

“Alhamdulillah, semua ini adalah hasil usaha keras seluruh warga WTC KL yang saya amat hargai.

“Semoga kita semua dapat bersama-sama meraikan anugerah yang memberi semangat dan kembali lebih kuat dalam dunia pasca COVID-19. Saya berharap adanya sinar harapan untuk industri MICE dan acara perniagaan tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: PM saksikan pemberian dos vaksin ke sejuta di PPV WTCKL

Mengulas lanjut, Irmohizam turut berharap pengiktirafan itu boleh dijadikan rujukan kepada 320 rangkaian Persatuan Pusat Dagangan Dunia (WTCA) yang lain.

“MTC adalah sebuah organisasi yang memberikan pelbagai perkhidmatan profesional berkualiti akan memberi manfaat baik kepada sektor pelancongan di Malaysia.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada semua pemenang dan teruskan konsisten untuk menaikkan industri pelancongan di Malaysia,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya akan pilih orang yang boleh bantu rakyat Malaysia, kata Michael Ang

PENERBIT dan pengarah terkenal, Michael Ang menegaskan beliau akan memilih individu yang mampu membantu rakyat Malaysia. Penegasan itu dinyatakan Michael menerusi...

More Articles Like This