VFIVE Group komited untuk memperkasakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang Ramadan tahun ini seiring dengan usaha meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.
Inisiatif yang dilaksanakan di bawah Yayasan VFive itu turut melibatkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pelbagai institusi masjid, surau, madrasah tahfiz dan seumpamanya di sekitar Lembah Klang.
Antara program yang dilaksanakan termasuklah sumbangan 750 pek makanan iftar harian, baju raya percuma kepada anak-anak yatim, program singgah sahur, tajaan umrah, edaran bubur lambuk dan pelbagai bantuan kebajikan kepada masjid, surau, pusat-pusat tahfiz serta institusi pendidikan.
Apa yang menarik inisiatif bukan sahaja dianjurkan di dalam negara, tetapi turut disalurkan kepada masyarakat Islam di luar negara menerusi program infaq iftar di Masjidil Haram, Madinah dan Indonesia.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Pengasas VFive Group, Datuk Mohd Syafiq Abdullah berkata, CSR yang dirangka bermatlamat untuk mengurangkan bebanan golongan yang memerlukan agar sinar Ramadan dapat sama-sama dinikmati.
“Kehadiran Ramadan sebagaimana kita semua sedia maklum adalah sarat dengan kemuliaan dan keberkatan. Justeru amat rugi jika kita tidak mengimarahkannya dengan melakukan amal kebajikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
“Ini juga adalah selari dengan visi VFive Group selaku organisasi Bumiputera untuk membantu dan sama-sama berkongsi rezeki dengan seramai mungkin masyarakat yang memerlukan.
Baca artikel lain: PRK DUN Ayer Kuning: Semua calon senarai pendek BN punya kekuatan tersendiri
“Insya-Allah, segala usaha kebajikan ini akan kita perluaskan lagi dari semasa ke semasa,” katanya selepas berucap pada Majlis Iftar Perdana 2025 di Grand Barakah Hotel.
Majlis iftar anjur VFive Group merupakan wadah bagi mengeratkan hubungan di antara warga kerja bersama pemegang taruh, di samping menyantuni tetamu jemputan yang terdiri daripada anak-anak yatim dan pelajar tahfiz.
Pada majlis tersebut, VFive Group turut menyalurkan sumbangan Infaq Mahabbah Ramadan kepada masjid, surau, pusat tahfiz, pertubuhan kebajikan dan juga komuniti penghantar makanan yang disampaikan dalam bentuk replika cek.
Bagi sebarang pertanyaan dan cadangan bentuk kerjasama, amatlah dialu-alukan untuk menghubungi pengurusan Yayasan VFive agar lebih ramai komuniti boleh dibantu dan dapat merasai nikmat kehidupan yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif-inisiatif sumbangan Yayasan VFive, sila layari laman media sosial Yayasan VFive.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

