DAP mahu Perlembagaan Persekutuan dipinda, had jawatan PM 10 tahun

Dari Penulis

DAP mahu kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, ini adalah manifesto Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang perlu ditunaikan.

Beliau berkata, DAP juga akan terus menyokong dan mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika mereka kembali membentuk kerajaan selepas ini.

“Kita bukan minta Anwar berhenti tapi pindaan ini akan jadi legasi kepada Anwar dalam sistem pentadbiran kita.

“DAP komited untuk terus menyokong, memegang jawatan Perdana Menteri selepas PRU16, sama ada dalam model Kerajaan Perpaduan atau ‘configuration’ baharu, kita akan terus berpegang bahawa yang akan wakili Pakatan Harapan (PH), tidak ada calon kedua selain Anwar,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, hari ini.

Baca artikel lain: PRK DUN Ayer Kuning: Semua calon senarai pendek BN punya kekuatan tersendiri

Turut hadir Anwar yang juga Pengerusi PH; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick.

Loke berkata, DAP juga berharap pindaan perlembagaan juga dilakukan bagi memastikan pengasingan tugas Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

“Ini memang usaha berterusan yang sedang dilaksana kerajaan, minggu ini (Datuk Seri) Azalina (Othman Said) adakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) untuk melihat bagaimana pelaksanaannya di UK,” katanya.

Hari ini, tumpuan terarah kepada Kongres DAP ke-18, dengan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), yang mana 65 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan.

Seramai 4,203 perwakilan daripada 1,650 cawangan dijangka akan melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 30 pemimpin tertinggi untuk menganggotai CEC sebelum ahli jawatankuasa itu membincangkan jawatan utama DAP, termasuk setiausaha agung dalam kalangan mereka sendiri.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This