PM hadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-18 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini bagi memilih Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu.

Ketibaan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan pada 10 pagi itu disambut pimpinan utama parti termasuk Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Gobind Singh Deo.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim Chee Keong dan Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Proses pemilihan CEC DAP yang bersempena dengan Kongres Kebangsaan ke-18 itu menyaksikan 70 calon bakal berentap merebut 30 tempat dalam jawatankuasa berkenaan.

Steven Sim sebelum ini memaklumkan 4,203 perwakilan dari 1,650 cawangan layak mengundi pada pemilihan berkenaan.

Mereka yang terpilih dalam CEC itu akan menerajui barisan kepimpinan DAP bagi penggal 2025 hingga 2028, yang kemudiannya turut akan memilih kepimpinan tertinggi termasuk Setiausaha Agung baharu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

TVET pengangkutan buka 3,208 peluang kerja untuk veteran ATM

SEBANYAK 3,208 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan disediakan kepada anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi kerjasama strategik...

More Articles Like This