Had tempoh jawatan PM: Jangan jadikan bahan politik perkauman sempit

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEGELINTIR pihak daripada blok pembangkang diingatkan supaya tidak menjadikan cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun sebagai bahan politik perkauman sempit dan dangkal.

Nasihat itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyifatkan cadangan tersebut seiring dengan visi dan kerangka dasar reformasi yang ditekankan dalam gagasan ‘Membangun Negara Madani’.

Setiausaha Akhbar Kanan Kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, roh dan sifat jawatan Perdana Menteri itu sudah terang lagi bersuluh seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, cadangan mengehadkan tempoh jawatan itu nyata tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip asas tersebut.

Malah, Tunku Nashrul berkata, ia merupakan langkah penting dalam menjamin kematangan demokrasi negara.

“Perdana Menteri turut meminta mana-mana Ahli Parlimen yang mempersoal perkara ini supaya membaca sebelum mengkritik secara semberono.

“Baca dan hadam bulu tulisan Anwar Ibrahim yakni ‘Membangun Negara Madani’. Sila rujuk muka surat 181, di bawah tajuk ‘Dasar Keutamaan Untuk Malaysia Yang Lebih Baik’.

Baca artikel lain: PM ucap tahniah barisan kepimpinan baharu CEC DAP

“Justeru, Perdana Menteri menyarankan agar ia dibahaskan dengan sihat dan penuh rasa tanggungjawab serta memandang kepada cabaran masa hadapan selain menjemput semua pihak untuk memberikan input ke arah sebuah sistem yang telus dan adil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia.

Mengulas lanjut, Tunku Nashrul berkata, langkah mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun juga bagi memastikan kesinambungan pentadbiran yang bersih serta sistem yang lebih teratur.

Selain itu, katanya, ia juga mengelak daripada berlakunya pemusatan kuasa yang berisiko menjadi ruang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

“Malah, terdapat juga beberapa negara yang telah pun melaksanakan pendekatan ini seperti negara jiran Indonesia.

“Selain daripada itu, langkah mengehadkan tempoh keperdanamenterian seseorang pemimpin juga mengambil kira landskap geopolitik hari ini dan masa depan yang memerlukan iltizam semua pihak memberi ruang kepada nafas-nafas baharu dan barisan pelapis kepimpinan negara,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 berharap kerajaan dapat meminda Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh 24 bulan ini bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, janji itu terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Saranan itu dipersetujui Anwar yang turut hadir memberi ucapan dalam majlis tersebut.

Perdana Menteri menegaskan, proses itu perlu dilaksana dengan rapi dan memerlukan konsensus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen.

Namun begitu, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Afnan Hamimi Taib Azamudden menerusi hantaran di Facebook berkata, satu demi satu Perlembagaan sedang dirungkai dan diubah mengikut ‘selera nafsu’ dan kehendak kerajaan.

Ahli Parlimen Alor Setar itu turut mendakwa nasib golongan ‘majoriti’ kini ditentukan oleh golongan yang pada asalnya merupakan ‘minoriti’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tuntutan penempatan tetap Rohingya sentuh kedaulatan negara – Nurulhidayah

SEBARANG tuntutan yang mewajibkan Malaysia memberikan penempatan tetap kepada pelarian Rohingya disifatkan sebagai tidak wajar. EXCO Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad...

More Articles Like This