ST Rosyam Mall kena serbu penduduk Klang, rai pembukaan dengan harga serendah RM0.08 sen

Dari Penulis

Pelakon dan usahawan popular, Datuk Rosyam Nor mencipta sejarah tersendiri apabila mendefinasikan semula pasaraya menerusi pembukaan ST Rosyam Mall dengan menyediakan 22 servis percuma, Runcit 24/7 Pertama di Asia Tenggara, termasuk Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan, satu inovasi yang pertama seumpamanya di pasaraya negara ini.

@majalahwanita

Memang luar biasa penangan ST Rosyam Mall, habis jem Klang. Orang siap beratur dari pukul 6pm sampai ke 1am nak dapatkan barangan serendah RM0.08 sen #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #rosyammall

♬ Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – Azzmeir Yunadi ??

Teruja dengan sambutan luar biasa penduduk Klang yang beratur sejak dari pukul 6 petang, jelas Rosyam, ini merupakan sumbangan ST Rosyam Mall dalam menyediakan perkhidmatan barangan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

“Kami memahami keperluan rakyat Malaysia yang mahu membeli barangan segar, berkualiti dan pada masa yang sama dapat berjimat.

“Sebab itu, setiap kali kami membuka cawangan baharu, kami membawa tawaran istimewa seperti Ayam Seekor 88 Sen serta lebih 300 barangan promosi dengan harga yang sangat rendah. Ini adalah cara kami untuk memberikan semula kepada pelanggan yang sentiasa menyokong kami,” katanya ketika majlis pembukaan serentak pusat beli-belah pertama ST Rosyam Mall dan cawangan kelapan ST Rosyam Mart di Jalan Kebun, di sini, semalam.

Menyifatkan pembukaan ST Rosyam Mall sebagai impian jadi nyata, jelas pelakon berusia 58 tahun itu, ST Rosyam Mall bukan sekadar sebuah pusat beli-belah biasa, tetapi ia diwujudkan dengan konsep yang memenuhi keperluan seisi keluarga  daripada makanan, fesyen, hiburan dan teknologi di bawah satu bumbung.

“Kami mahu menyediakan pengalaman membeli belah yang terbaik khusus untuk penduduk Klang mendapatkan barangan pada harga yang berpatutan. Malah sewaktu berbuka puasa di atas papan tanda Rosyam Mall, saya melihat sendiri dari atas apa yang perlu ditambah dan telah berbincang dengan Datuk Raymond untuk penambahbaikan,” tambahnya lagi selaku Pengarah ST Rosyam Mart.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak Datuk Raymond Ho Cheng Hann berkata, dia yakin kerjasama strategik antara Sri Ternak dan ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart ini bakal berkembang ke beberapa cawangan lain pada masa akan datang.

“Kami akan memperluaskan lagi cawangan ST Rosyam Mall dan memperkukuhkan lagi jenama dan perkhidmatan dengan memberikan yang terbaik kepada pengguna di Malaysia.

“Sebelum tercetusnya ST Rosyam Mart, Datuk Rosyam pernah memberikan cadangan untuk membuka pasaraya yang menawarkan harga borong dengan dekorasi yang cantik, namun kami tolak kerana fikirkan ia mustahil.

“Namun setahun selepas itu, kami usulkan untuk pembukaan pertama di Setiawangsa dan hari pertama, sambutannya cukup luar biasa,” katanya yang turut meluahkan rasa bangga apabila ST Rosyam Mart tersenarai dalam Asean Records kerana pencapaiannya sebagai Pasar Raya Borong dan Runcit 24/7 Pertama di Asia Tenggara.

Ia dirasmikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan disaksikan Pengarah Urusan Kumpulan Sri Ternak, Datuk Raymond Ho.

Dengan keluasan 114,000 kaki persegi, ST Rosyam Mall menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lebih luas dan selesa untuk para pelanggan.

Bagi meraikan pembukaannya, kempen RM 1.5 Juta Ganjaran Untuk Anda diperkenalkan dengan pelbagai hadiah menarik termasuk 100 pakej Umrah percuma kepada pelanggan bertuah ST Rosyam Mall dan ST Rosyam Mart.

Pengunjung berpeluang memenangi hadiah berupa kereta Proton X70, Goldbar, barangan elektronik, baucar dan yang paling menarik pakej 100 umrah percuma.

Dalam pada itu, di lokasi sama, Rosyam turut melancarkan pembukaan cawangan kelapan ST Rosyam Mart  dengan tawaran istimewa.

Sebagai simbolik setiap pembukaan cawangan baharu, ST Rosyam Mart menawarkan promosi Ayam Seekor serendah RM 0.88 sen.

Antara promosi hebat lain yang ditawarkan kepada ahli ST Kad  adalah lebih 100 barangan promosi berharga serendah RM0.08 sen hingga RM0.88 sen, dengan jumlah keseluruhan lebih 300 barangan promosi sempena pembukaan ini.

Promosi akan bermula 14 hari 14 malam bermula 19 Mac hingga 1 April ini. Cawangan kelapan ini turut beroperasi 24 jam.

Lebih menarik, ST Rosyam Mart menyediakan 22 servis percuma termasuk perkhidmatan terbaru iaitu Pandu Lalu Pengambilan Barang Pesanan. Ia merupakan pasaraya pertama yang mewujudkan perkhidmatan seperti ini. Pelanggan juga boleh mendapatkan barangan basah seperti ikan segar dari jeti serta daging tempatan berkualiti tinggi dalam suasana membeli-belah yang selesa dan menyeluruh.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This