Dalam semangat Ramadan dan Syawal, Eco-shop melancarkan kempen ‘Jom Serikan Raya Bersama Eco-shop’ yang berlangsung di seluruh negara sehingga 12 April 2025. Inisiatif perayaan ini menampilkan promosi eksklusif, hadiah menarik, serta kolaborasi istimewa bersama Marsha Milan, pemenang Anugerah Juara Lagu 2025.
Kempen tahun ini memastikan setiap isi rumah di Malaysia dapat menyambut perayaan dengan penuh kegembiraan melalui barangan keperluan dan hiasan yang mampu dimiliki, sambil mengekalkan semangat sebenar Raya iaitu kebersamaan, kehangatan, dan tradisi.
Ketua Pegawai Eksekutif Eco-shop Malaysia, Jessica Ng berkata, kempen ini mencerminkan komitmen kami untuk menjadi sebahagian daripada sambutan bermakna rakyat Malaysia, sambil memastikan tiada siapa yang ketinggalan.
“Matlamat kami di Eco-shop sentiasa untuk menjadikan kehidupan berkualiti lebih mampu dimiliki oleh setiap rakyat Malaysia. Raya kali ini, kami bukan sahaja menawarkan produk, tetapi juga pengalaman yang dapat mencipta kenangan berharga,” katanya.
Lebih menarik, Eco-shop sekali lagi bekerjasama dengan Marsha Milan bagi membawa suasana Raya yang lebih ceria dan meriah dalam video muzik Raya mereka.
“Hari Raya adalah masa untuk mempererat hubungan dengan keluarga, tradisi, dan nilai masyarakat. Kempen kami memperkukuh hubungan ini melalui tawaran yang bermakna dan menghormati kepentingan serta keperluan pelanggan kami. Sama ada melalui peraduan, barangan edisi khas, atau video muzik Raya bersama Marsha Milan, kami komited untuk menjadikan Raya kali ini lebih meriah dan mudah diakses oleh semua,” tambah Jessica Ng.
Para pelanggan boleh menyertai peraduan ‘Shop & Win’ untuk berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000. Dua pemenang hadiah utama akan membawa pulang set sofa bernilai RM5,000 setiap satu, manakala dua pemenang tempat pertama akan menerima set meja baharu bernilai RM3,000 setiap satu. Selain itu, 40 pemenang bertuah akan menerima baucar Eco-shop bernilai RM100 setiap seorang.
Ahli Eco-shop juga boleh menebus beg kitar semula edisi terhad ‘Jom Serikan Raya Bersama Eco-shop’ secara PERCUMA dengan pembelian minimum RM60 dalam satu resit. Direka khas untuk kempen ini, beg ini menggabungkan gaya dengan kelestarian dan boleh didapati selagi stok masih ada.
Sebagai sebahagian daripada tawaran perayaan, Eco-shop turut memperkenalkan perkhidmatan Hadiah Hamper di lebih 300 cawangannya di seluruh negara. Dengan harga di bawah RM30, pelanggan boleh memilih hamper yang dihias cantik dan dipenuhi dengan keperluan perayaan, menjadikannya lebih mudah untuk berkongsi kegembiraan Raya bersama orang tersayang.

