Kenapa kurma menjadi pilihan utama ketika sahur dan berbuka?

Dari Penulis

Berbuka seelok-eloknya ambillah makanan yang cepat dihadam seperti susu, jus buah, sup dan bubur lambuk sebagai pemula supaya glukosa dapat dibekalkan secepat yang mungkin kerana badan memerlukan sumber tenaga baru untuk menggantikan tenaga yang telah kehabisan.

Malah digalakkan juga mengambil makanan yang ringan terlebih dahulu selepas selesai solat Maghrib barulah makan makanan yang berat untuk mengelakkan sistem pencernaan terjejas akibat seharian tidak bekerja.  

Puasa memberi kesan dan nikmat yang sangat besar kepada badan dan rohani manusia. Bagi menjamin kesinambungan nikmat besar itu kita perlulah mematuhi adat puasa kerana tujuan utama puasa adalah mencapai status taqwa dengan mentaati, sentiasa mengingati dan mensyukuri nikmat Allah.

Pentingnya Sahur 

Sahur jika kita lakukan dikira ibadat dan faedah sains membuktikan dalam tempoh 24 jam, makanan paling penting ialah sarapan pagi. Orang yang malas bersarapan pagi lebih terdedah kepada penyakit obesity, diabetes dan penyakit jantung. Jadi sahur mengambil tempat sarapan pagi dan jika tidak makan selama 14 jam selepas itu tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan kepada tubuh manusia.

Nabi menggalakkan kita bersahur pun sudah cukup saintifik. Begitu juga dengan amalan makan kurma ketika berbuka kerana kurma mengandungi pelbagai vitamin dan asid amino yang bagus untuk sistem penghadaman selain memberi sumber tenaga yang segera.

Sebaik-baiknya apabila bersahur ambil makanan yang lambat dihadam seperti makanan yang banyak mengandungi karbohidrat yang kompleks seperti bijirin, capati, roti wholemeal dan sebagainya. Juga elakkan dari mengambil makanan yang berlemak dan bergoreng.

Kelebihan kurma

Apabila masuk bulan Ramadan, buah tamar atau kurma menjadi buah yang paling popular dan dicari-cari oleh umat Islam. Ini kerana kelebihan dan manfaat yang ada pada buah kurma bukan hanya dari sudut kesihatan malah turut merangkumi keberkatan disebabkan ia menjadi sunnah Baginda s.a.w. untuk berbuka dengan buah tersebut.

Selain itu terdapat kisah yang lebih menarik berkait dengan buah kurma sebagaimana yang disebut dalam surah Maryam ayat 25 dan 26. Ketika Maryam sedang kesakitan untuk melahirkan Nabi Isa a.s. maka Allah S.W.T. berfirman,

“… Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu…”

Baginda s.a.w. juga berbuka dan bersahur dengan memakan buah kurma. Sunnah ini bukan kerana buah kurma terdapat banyak di Tanah Arab, tetapi ternyata kurma mengandungi banyak zat untuk kesihatan manusia.

Kurma mengandungi 50 peratus gula, sangat bergizi kerana isi buahnya mengandungi glukosa dan fruktosa yang berkalori tinggi dan mudah dicerna. Kandungan gulanya menenangkan saraf yang gelisah serta memberi rasa aman pada jiwa.

Kurma segar amat mudah dihadam dan gula seperti fruktosa serta dekstrosa yang terkandung di dalamnya memberi tenaga dan mencergaskan tubuh dengan cepat. Buah ini juga amat kaya dengan fiber yang boleh menghalang penyerapan kolesterol LDL di dalam perut.

Kurma juga merupakan sumber vitamin A yang baik untuk mata dan melindungi dari kanser paru-paru. Selain itu kandungan zat besi di dalam kurma agak banyak, 0.90/10g. Ini baik untuk komponen hemoglobin dalam sel darah merah.

Potasium, kalsium, magnesium, pelbagai jenis vitamin dan zat lain yang terkandung di dalam kurma memberi manfaat yang banyak kepada kesihatan manusia. Itulah sebabnya kita digalakkan makan kurma sepanjang bulan Ramadan. Wallahu a’lam.

_________________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Syarahan Perdana Tokoh Maal Hijrah 1448H Beri Fokus Kepada Mesej Keamanan & Peradaban Kontemporari

PERISTIWA Maal Hijrah tidak seharusnya dibiarkan berlalu sekadar penceritaan lipatan sejarah dan sambutan tahunan semata-mata, sebaliknya ia perlu diangkat...

More Articles Like This