Hendak kongsi sedikit saja tentang puasa, kiranya macam mengulang kaji sebelum masuk dewan peperiksaan. Puasa wajib pada bulan Ramadan tapi sunat dilakukan di luar bulan Ramadan sepanjang tahun. Kenapa perlu puasa?
Membunuh dan menyingkirkan toksik
Menurut saintis, menahan diri daripada makan dan minum untuk satu jangka masa tertentu memberi peluang kepada sistem imun praktis menguatkan fungsinya. Ia juga untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh tubuh kerana pengambilan makanan berlebihan.
Dan, apabila puasa bermula, sel dalam badan akan menyingkirkan semua timbunan toksik yang dikumpulkan sepanjang tahun. Nah! Hasilnya kita akan lebih bertenaga, selesa dan kuat berbanding sebelumnya.
Menyembuhkan diabetes dan jantung
Kajian yang disiarkan oleh The American Magazine of Clinical Nutrition Science membuktikan puasa sekali sekala sangat penting untuk merawat diabetes, jantung dan arteri.
Ada satu lagi kajian yang disiarkan dalam The American Society of Animal Science menunjukkan, puasa berkala boleh meningkatkan kecekapan hormon Adiponectin. Hormon tersebut terlibat dalam mengawal pengambilan gula tubuh dan metabolisme asid lemak kepada mamalia. Ia memainkan peranan untuk meningkatkan respons tisu terhadap insulin dengan mengawal pengambilan dan pemusnahan glukos dalam badan.
Mengurangkan peluang pertumbuhan tumor
Pengkaji dari Grenoble University, Perancis dalam satu kajian yang dilakukan mendapati puasa yang diamalkan secara berkala berperanan menurunkan peratusan pertumbuhan lymphoid tumors. Menakjubkan! Hanya dengan puasa pertumbuhan tumor boleh dibantutkan hingga kosong peratus.
Sementara itu dalam satu kajian yang lain pula, puasa boleh meningkatkan peluang hidup kepada pesakit yang mengalami kecederaan hati. Yang mana kecederaan itu akan menjadi tumor pada masa akan datang.
Awet muda
Inilah yang ramai menyukainya, muda tanpa perlu botox atau makanan suplemen. Puasa bukan sekadar menyembuhkan penyakit kronik juga melambatkan proses penuaan sel otak. Itulah yang saintis National Center for Aging Studies, Amerika Syarikat kata, kalau melambatkan proses penuaan sel otak maka secara tidak langsung akan menjauhkan Alzheimer. Jadi banyak-banyaklah berpuasa kerana kita akan awet muda sentiasa.
Mengurangkan kemungkinan pertumbuhan kanser
Saintis California University, membuktikan puasa adalah perkara penting untuk menghentikan sel kanser membahagi. Puasa lebih berkesan daripada diet. Kajian tersebut disiarkan dalam majalah Psychology and Endocrine.
Obesiti, inilah cara mengatasinya.
Kini, semua doktor seluruh dunia percaya menahan diri daripada makanan adalah cara paling mudah dan murah untuk mengatasi obesiti. Jadi, tidak mustahillah jika dengan berpuasa hasrat untuk mengurangkan obesiti boleh tercapai. Sebenarnya Allah telah anugerahkan hadiah amat berharga yang tidak diketahui kecuali kita kenal pasti faedahnya, iaitu Ramadan.
Inilah masanya untuk melaraskan ritma tubuh dan menyingkirkan lemak berlebihan. Berilah kesempatan kepada badan untuk menyusun semula tugas hormon dan sel darah supaya ia boleh menjalankan kerjanya untuk menguruskan sistem badan dan mengurangkan berat berlebihan.
Penyakit kronik tiada penawar
Lihatlah, betapa banyak penyakit kronik yang boleh disembuhkan hanya dengan puasa. Dan, penyakit kronik itu tidak boleh langsung disembuhkan dengan ubat moden malah dihidapi untuk tempoh masa yang panjang. Kini, semua itu boleh diselesaikan tidak kira apa penyakitnya. Sebabnya hati, buah pinggang, kolon dan penyakit kronik boleh disembuhkan dengan puasa.
Apabila kita sedar pentingnya puasa untuk menyembuhkan penyakit maka tidak akan ada kesangsian malah makin teruja menanti kedatangan Ramadan. Kegembiraan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata dan bahagia menyelinap seluruh jiwa sedang ternanti-nanti manfaatnya.
Menyembuhkan sakit sendi
Ketika ini negara-negara barat sudah memanfaatkan terapi puasa untuk menyembuhkan artritis dan sakit belakang. Hasilnya sukses. Puasa adalah proses ‘ajaib’, nampak macam tidak ada apa-apa tapi kebolehannya untuk mengurus fungsi daripada sistem yang berbeza di dalam tubuh, hebat. Paling penting ia merawat kesakitan yang disebabkan pengecutan disc yang berkaitan masalah tulang belakang, leher atau kaki.
Apa kaitan puasa dengan masalah sendi? Biasanya ketika berbuka dan sahur saja kita dahulukan kurma berbanding makanan lain. Sepatutnya, kurma kalau dimakan setiap hari lagi bagus tapi ia tidak begitu popular di negara kita sebagai makanan harian.
Kurma telah dibuktikan khasiatnya dan boleh menyembuhkan sakit lutut, sendi dan penyakit lain. Data penyembuh yang dimiliki boleh menguruskan cara kerja sel dan meningkat sistem imun badan, sebagai balasannya ia dapat melegakan kesakitan. Wallahu a’lam
_______________________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

