MPM tubuh badan bertindak pantau impak pelaksanaan URA

Dari Penulis

MAJLIS Perundingan Melayu (MPM) menubuhkan Badan Bertindak Kebangsaan dan pelantar digital mybandar.com yang bertujuan memantau secara berterusan dan melakukan kajian berkala berkaitan impak daripada pembangunan semula setiap bandar, susulan pelaksanaan Akta Pembanguan Semula Bandar (Akta PSB), atau dikenali juga sebagai Urban Redevelopment Act , URA kelak.

Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, keputusan menubuhkan badan bertindak dan pelantar digital itu dibuat dalam Sidang Jawatankuasa Pemandu Ke-37 majlis itu kelmarin.

Beliau menjelaskan,  aspek kajian impak oleh badan bertindak tersebut  yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemandu majlis itu, Datuk Salamon Selamat termasuklah kesan pembangunan semula bandar ke atas geopolitik dan sosio-ekonomi terutama kesaksamaan hak dan peluang pemilikan hartanah sebagai aset ekonomi dan aset kediaman.

‘’Rata-rata dalam kalangan NGO bumiputera berpendirian amat kritikal terhadap usaha kerajaan untuk membentangkan draf Rang Undang-Undang (RUU) itu  di Parlimen. Ada banyak sebab yang merungsingkan mereka, bukan kerana mereka menentang arus pembangunan dan bukan juga kerana perbezaan kiblat politik,’’ katanya dalam kenyataan.

 Beliau berkata,  di pihak Kerajaan Madani pula dilihat begitu beria-ia mempertahankan hasratnya untuk RUU berkenaan  dibentangkan dan diluluskan.

‘’Kami di MPM sudahpun menganjurkan Sidang Mejabulat membicarakan perkara ini, pada 9 Oktober 2024 dan kami sepakat menyatakan bahawa, hasrat murni Kerajaan Madani membangunkan semula beberapa kawasan di bandar, terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, adalah seiringan dengan Perancangan Perbandaran Malaysia,’’ katanya.

 Bagaimanapun kata beliau, bagi bumiputera, beberapa pembangunan baru berskala mega di Kuala Lumpur terutamanya sering menghantui mereka dari aspek geopolitik dan sosio- ekonomi.

 ‘’Pembangunan di Kampung  Kerinchi yang kini dikenali sebagai Bangsar South dan KgAbdullah Hukum, sering dijadikan model pembangunan yang kelestariannya terbuktimeminggirkan bumiputera. 

‘’Pembangunan Kampung Baru sejak kerajaan terdahulu lagi, yang kini semakin kusut-masai, akan sentiasa dipersoalkan akan kesungguhan siapa juga kerajaan semasa yang memerintah,, ‘’katanya.

 Beliau berkata, keghairahan kebanyakan pemaju swasta yang mengutamakan atau bermotifkan keuntungan, serta mengabaikan kesaksamaan hak dan peluang kepada bumiputera terus-menerus menghantui mereka, bilamana ada agenda pembangunan bandar yang diterajui pemaju swasta seperti itu.

‘’Demi mengimbangi kesediaan Kerajaan Madani meneruskan gelombang pembangunan dengan pada masa yang sama memberikan keyakinan kepada bumiputera di bandar, usul paling utama yang dimuatkan ke dalam Resolusi Sidang Mejabulat 9 Oktober 2024 itu ialah meminta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) memuatkan peruntukan Perkara 153 ke dalam Preamble URA itu. 

‘’Usul ini adalah konsisten dengan salah satu fokus utama Agenda Pembangunan Bandar di Malaysia, iaitu yang berkaitan dengan kerangka, perundangan dan Perlembagaan,’’ katanya.

 Oleh itu kata Dr.Hasan, MPM sekali lagi menyeru kepada PLANMalaysia untuk menghormati resolusi yang dihasilkan itu. Kepada Kerajaan Madani, kesediaan memasukkan peruntukan Perkara 153 ke dalam Preamble URA itu adalah bukti komitmen, jaminan dan kesungguhannya untuk pastikan pembangunan di bandar yang dirancang itu memenuhi tuntutan keharmonian sosio-politik dan menjamin kesaksamaan hak dan peluang kepada bumiputera.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This