Tak tinggal sebumbung, isteri pelakon Edika Yusof failkan cerai – “Kalau sudah sampai tahap pergi ke mahkamah sudah tentu ada sebab yang sangat-sangat kukuh…,”

Dari Penulis

MAHLIGAI perkahwinan pelakon Edika Yusof, 58 bersama isterinya, Nor Hidayah Yusri, 47, selama 22 tahun, kini di ambang perpisahan apabila wanita itu difahamkan sudah memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.

Peguam syarie mewakili Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim mengesahkan perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

“Untuk hari ini adalah sebutan kali pertama kes (cerai) dan ia sebutan biasa saja iaitu bagi penyerahan dokumen-dokumen daripada anak guam saya selaku plaintif.

“Sepatutnya pihak defendan (Edika) juga perlu hadir hari ini, namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir atas alasan bekerja.

“Jadi, mahkamah memutuskan sebutan kes dibawa kepada tarikh baru dan menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula.” katanya memetik laporan Harian Metro.

Ditanya juga sebab Nor Hidayah memfailkan tuntutan cerai itu, Yazid berkata, buat masa ini dia tidak boleh berkongsi secara terperinci, namun tidak menafikan berkaitan tiada persefahaman.

“Sebab-sebab (tuntutan cerai) daripada anak guam saya, mohon maaf tidak boleh disebutkan secara terperinci kerana ia bersifat subjudis kepada pihak defendan.

“Mungkin, alasan-alasan itu akan dibentang berdasarkan kepada arahan Hakim Syarie pada 23 April depan.

“Tetapi, secara umumnya ialah tiadanya persefahaman antara plaintif dan defendan. Maka permohonan cerai dibuat plaintif (Nor Hidayah) pada pertengahan Februari lalu,” katanya.

Bagi Nor Hidayah pula ketika ditanya mengenai keputusan dibuatnya untuk bercerai, enggan memberi komen lanjut kerana mahu mendengar kenyataan daripada pihak Edika terlebih dulu.

“Semua tahu situasi dan keadaan saya (lumpuh). Jadi, kalau saya sudah sampai tahap pergi ke mahkamah sudah tentu ada sebab yang sangat-sangat kukuh kenapa saya berbuat demikian.

“Jadi, itu sajalah yang boleh saya katakan. Saya tak mahu memberikan sebarang komen yang lebih lanjut.

“Kalian boleh tanya dulu daripada pihak belah sana (Edika) sebab saya tak mahu apa-apa keluar daripada mulut saya dan biar saya dengar dulu daripada dia,” katanya.

Mengulas masih tinggal sebumbung atau tidak, Nor Hidayah berkata, mereka sudah tidak serumah dan enggan memaklumkan sejak bila.

Sebelum ini, pasangan Edika dan Nor Hidayah menarik perhatian ramai apabila pelakon filem Maria Mariana itu didapati sanggup berkorban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.

Hasil perkongsian hidup dua dekad pasangan ini sejak 2003, Edika dan Hidayah bahagia dengan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

SUMBER: HARIAN METRO


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This